Percutian Impian Ke Eropah Seorang Surirumah Secara Percuma

3:28 PTG

Percutian Impian Seorang Surirumah dengan Shaklee


     Syukur Alhamdulillah, dapat menjejak kaki ke bumi Eropah buat pertama kali.  Rasa macam tak percaya aje.  Dengan cuaca yang sejuk dan pemandangan yang sangat sangat cantik - rasa sungguh bertuah dipanjangkan umur dan diberikan rezeki dengan Shaklee. 



Ini ialah trip peringkat antarabangsa (International Convention) dan kami pergi pada bulan November.  Hujung tahun = suhu rendah.  Awal-awal lagi Shaklee dah pesan supaya bawa baju tebal dan jangka untuk dapat lihat salji.  Wah, apa lagi kami semua excited pegi beli winter jacket, sarung tangan dan tak lupa juga beli "long john".  Bukan apa bersedia lebih baik daripada kesejukan.     



 

Untuk trip percutian kali ini, kami transit di Dubai.  Walaupun tak keluar daripada airport dapat la juga shopping kat airport sebab tempoh transit lebih 4 jam di sini.  Nampak ramai pak arab dengan pakaian kebangsaan berjubah & igal di kepala.  Terbayang jika kita sebagai pelancong datang ke KLIA, ada tak agaknya nampak lelaki Melayu berbaju melayu lengkap bersampin dan bersongkok setiap hari.  Senyum.





     Tiba di Switzerland sampai bandar Zurich.   Keluar saja dari airport Zurich, terus terasa angin sejuk menerjah muka jadi masing masing cepat cepat naik bas, almaklumlah jaket masih lagi dalam hand luggage dan belum sempat dikeluarkan. Sambil mendengar celoteh tour guide yang sangat sporting kami dinasihatkan untuk tidak memakai jaket tebal atau baju wool di dalam bas kerana bas ada sistem pemanas, dan kita perlu biarkan suhu badan sesuaikan diri dengan persekitaran - kalau tidak nanti kita boleh demam sebab panas.  Suhu di luar waktu tu antara 5 - 3 darjah Celcius.
Ini pengalaman baru.

     Bas menuju ke destinasi pertama iaitu air terjun Grindelwald.  Pemandangan sangat cantik dengan pokok yang luruh daunnya, dan deretan bangunan rumah di tepi air terjun.






Sengaja nak tunjuk piring souvenir ni sebab nak kongsi dengan anda bandar bandar di Switzerland yang kami lawati. Zurich, Grindelwald, Lausanne, Interlaken, Bern, Geneve, Lucerne, Mount Titlis.  Hampir keseluruhan tempat percutian popular di Switzerland dapat kami lawati. Shaklee memang best! Semua bandar ni ada cerita tempatan yang menarik.







     Di sini, kalau anda seorang yang tak pandai ambil gambar sekalipun, sekali klik aje pasti gambar nya menjadi.  Memang semua pemandangan di Switzerland cantik cantik belaka.  Gambar berlatarbelakangkan gunung bersalji.  Nampak tak, walaupun ada cahaya matahari tapi tetap perlu pakai jaket tebal.  Sejuk




Ini gambar saya dengan mentor PM Dr K Sow dan Tiffany. Pasangan millionaire dan international speaker yang tidak sombong dan tidak pernah lokek dengan ilmu kepimpinan sebenar.  Kepimpinan melalui tauladan.  Bukan bangsa dan agama jadi ukuran untuk kita menilai kebaikan dan keikhlasan sesama manusia. 



Yang ni pula ialah salah satu daripada beberapa restoran di Switzerland tempat kami menjamu selera. Seperti biasa lifestyle Shaklee - seluruh restoran akan ditutup untuk melayan kami sahaja.  Sangat bertuah, sungguh ekslusif tempat dan layanan yang diberi.  




Sepanjang di sana, memang dapat makan makanan sihat - tak bergoreng, solid protein daripada ikan.  Dan dah tentu ada banyak kali hidangan roti.  NASI ?  Ada , dapat juga kami makan nasi sekali bila singgah ke restoran ala thai.  Selebihnya, makan pasta.








Shopping di Bally outlet!  Selepas mendengar penerangan daripada staf di sini, baru tahu yang jenama kasut Bally original daripada Switzerland paling baik berbanding dengan Bally dari UK.  Rupanya!  Kebetulan waktu kami di sana outlet sedang mengadakan jualan atas jualan.  Maknanya harga jualan pada tag harga telah diturunkan 2 kali.  Orang kata rezeki jangan ditolak, jadi sempatlah juga membeli sepasang kasut but jenama Bally walaupun pada asalnya tak niat pun nak beli.

     Barangan lain yang dijual di sini?  Ada walet, handbag, pelbagai fesyen kasut, tali pingang, jaket kulit, topi - semua untuk lelaki dan perempuan.  Berbaloi untuk wang anda!  Pasti nak datang lagi.  Kadar tukaran matawang MYR dengan SwissFranc hanya 3.3.  Nak pakai matawang Euro pun boleh (kadar tukaran waktu tu 5.0).


Anda ingin mendapatkan Percutian yang begini berdaftar sebagai ahli Shaklee dan didalam kumpulan yang tepat anda akan mencapainya. Sila hubungi kami, sila tinggalkan komen utk anda yang masih suri rumah

AZLINA ADNAN
012 7728856

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda