PILIH CIRI CIRI PRODUK


Bila kita nak berkongsi tentang perniagaan dan produk untuk perniagaan Network Marketing, pilihlah daripada kalangan produk yang membawa manfaat berulang-ulang dan ada potensi yang "menyenangkan" bukan "menyusahkan".  Rangkaian produk produk yang dicipta di Shaklee memenuhi konsep menyenangkan ini.

Apa yang dimaksudkan dengan "menyenangkan" ini mudah sahaja.  Anda tidak perlu bersusah payah menguruskan produk anda.  Kenalpasti ciri ciri produk yang anda akan niagakan atau kongsikan kepada masyarakat mesti

  • Berulang ulang diperlukan iaitu "Repeatable".
Maknanya di sini produk sentiasa habis dan pengguna akan melakukan pembelian lebih daripada sekali.  Ini dapat menjamin kestabilan asas kepada pendapatan anda setiap bulan.  Pasti anda mahu membesarkan kumpulan anda dan bukan sentiasa tercari cari setiap bulan hanya untuk maintain! Takkan nak terlibat dengan produk yang cuma dibeli sekali oleh pelanggan.

  • Boleh bercakap dengan sendirinya
Pengguna dan pelanggan anda mendapat kesan yang sangat baik selepas makan dan gunakan produk yang anda kongsi.  Anda langsung tidak ada masalah produk tidak berkesan.  Di Shaklee, anda tidak perlu menjadi hebat dengan taktik jualan kerana produk Shaklee boleh bercakap dengan sendirinya.  

  • Selamat, berkesan dan tidak bawa mudarat dalam apa jua keadaan
Produk yang anda kongsikan bertindak mengikut fungsinya masing masing dan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya yang terselindung.  Setiap bahan ditulis dengan jelas pada label dan mempunyai tempoh luput.  Jangan memilih produk yang tiada tarikh luput atau tarikh luput terlalu lama.  Produk Shaklee ada jaminan iaitu Shaklee Guarantee.

  • Mudah didapati dan sentiasa ada di pasaran
Bagaimana nak berniaga jika produk susah didapati atau sentiasa bermasalah dengan pengilang dan pembekal.  Pelanggan akan hilang kepercayaan dan anda akan hilang pelanggan.  Rangkaian produk Shaklee boleh sentiasa didapati terus daripada pejabat Shaklee di seluruh Malaysia tanpa perlu bergantung kepada upline yang menaja anda.  Berurusan terus dengan syarikat untuk membuat pembelian dan anda tidak akan terputus bekalan produk.

  • Mudah digunakan/mudah dimakan/mudah disimpan
Buka mulut dan telan suplemen dengan mudah.  Tak perlu sebarang persediaan nak memasak atau menyediakan.  Simpan sahaja di suhu bilik (kecuali Vivix perlu disimpan dalam peti ais).  Anda mudah terangkan, pelanggan anda juga mudah nak amalkan dan kekal disiplin makan setiap hari.

Produk selain suplemen seperti jag penapis air juga tidak perlu sebarang pemasangan dan langsung tidak perlu panggil maintenance untuk servis.  Anda boleh lakukan sendiri kerana ia tidak perlu maintenance - hanya ganti dan guna.  Kan mudah, langsung tak pening kepala.

  • Mampu milik
Harga memang faktor penentu di Malaysia selain kualiti.  Berapa harga sebiji vitamin C Shaklee yang tahan 5 jam dalam badan dan bersamaan dengan zat daripada 7 setengah biji oren?  Hanya 55 sen! Ini harga runcit jualan ya, kalau harga ahli lagi rendah.
Sebiji oren di pasaraya senang senang berharga 80 sen hingga rm1.50 sebiji, kalau 7 biji setengah berapa pulak harganya?  Anda kira.

Bila mampu milik, lebih ramai yang boleh menjadi pelanggan anda termasuk penajaan di luar negara. Kan mudah perniagaan anda berkembang.

  • Mudah dikongsikan dengan semua orang 
Pilih syarikat yang mempunyai rangkaian produk produk yang boleh dikongsikan kepada ramai orang tanpa mengira umur dan latar belakang atau status.  Ini maknanya anda boleh menolong lebih ramai orang untuk sihat dan membina kesihatan optima setiap hari.  Awas! Produk Shaklee dicipta untuk orang yang sihat bukan mencari orang yang ada penyakit sahaja.

  • Asal usul sumber diketahui
Hanya syarikat yang bertanggungjawab sahaja akan pastikan setiap sumber produk yang diniagakan daripada sumber dipercayai dan selamat.  Di Shaklee lebih mudah kerana setiap produk dicipta sendiri oleh Saintis Shaklee dan penghasilan produk dijaga kualiti bermula daripada bahan mentah hinggalah pembungkusan.

  • Ada sains dan kajian yang dibuktikan BUKAN HANYA testimoni
No over claim.  Ini sangat penting untuk pastikan tidak berlaku penipuan dan salah faham terhadap fungsi produk kepada badan manusia.  Sebagai contoh, Ostematrix Shaklee untuk bekalkan kalsium dan mineral penting lain berkaitan kekuatan tulang dan bukannya untuk menguatkan sistem imun. Suplemen Shaklee ada Kajian Klinikal iaitu kajian ke atas manusia dan diterbitkan dalam jurnal kesihatan.  Info lanjut diterangkan di bahagian Sains dan Penyelidikan.


  • HALAL
Pastikan produk yang anda niagakan adalah halal.  Ada sijil halal yang diperbaharui setiap tahun dan diiktiraf seluruh dunia.





Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda