FAQ BISNES SHAKLEE

Ramai yang terkeliru dan juga ragu-ragu tentang kejayaan dalam bisnes Shaklee. Sepanjang penglibatan kami menjalankan bisnes Shaklee lebih 10 tahun ada macam macam soalan yang kami dapat.  Dan kebanyakan soalan yang ditanyakan oleh orang baru adalah sama sahaja.  Jadi sebab itu rasa terpanggil pulak untuk susunkan soalan soalan ini jadi FAQ (Frequently Asked Question). Kami akan senaraikan persoalan-persoalan yang sering ditanya mereka yang ingin menceburi bisnes Shaklee. Jawapan ini adalah untuk mereka yang menyertai saya bukan mewakili semua SID.

Q: Betul ke buat bisnes Shaklee ni ok?
A: Bisnes Shaklee memang ok kalau dibina dengan betul ia akan kekal seperti yang kami dah alami selama 12 tahun ianya kekal memberi pendapatan lumayan kepada kami. Perkataan yang paling penting disini adalah DIBINA bukan menjual shj. Jika anda nak bisnes yang ok anda mesti MEMBINA bisnes bukan hanya menjual. 

Q: Betul ke produk Shaklee berkesan?
A: Ye memang mmg berkesan!  Saya dulu mulakan Shaklee sebagai pengguna produk untuk dapatkan kepercayaan yang produk memang berkesan. Bermula dengan ambil set kurus Cinch.  Jadi memang terus boleh rasa perubahan dan keberkesanan produk dalam badan.  Mana taknya, daripada berat 120kg turun jadi 80kg.  Pendek kata kalau orang yang rabun sekalipun tanpa cermin mata pun boleh nampak - inikan pula kita yang makan.
Yalah, walaupun dah baca tentang kehebatan produk Shaklee dengan saintis dan kajian klinikal tapi mesti nak cuba dulu untuk tingkatkan keyakinan baru boleh buka mulut cerita pada orang lain.
Pendek kata senang nak cerita produk bila kita dah ada pengalaman jadi pengguna produk.

Q: Saya nampak dah ramai SID kan, boleh jual ke?
A: Ya, ramai yang masa nak mula aktif bisnes Shaklee berfikiran begini, memang ada ramai SID dan saya juga pernah berfikir seperti ini.  Tapi saya percaya rezeki Allah ada untuk semua orang yang berusaha gigih.  Lihat keliling kita, tidak semua yang kita kenal sudah jadi SID bahkan ramai lagi yang tidak tahu pun tentang Shaklee.  Lagipun dengan bisnes online kita dapat menarik orang orang yang bukan kawan kita.  Jadi percaya dengan rezeki dan buang jauh jauh fikiran rendah diri macam ni.  Saya sudah buktikan dengan usaha berterusan bonus Shaklee saya jauh melebihi gaji saya sebagai engineer kilang dulu.

Q: Saya tak ada modal besar nak buat SHAKLEE?
A: Yang ni orang selalu ingat nak berjaya besar kena modal besar, inilah salah pandangan orang tentang industri ini. Jika anda betul2 nak berjaya tak perlu modal besar pun yang penting adalah anda nak Berjaya. Inilah perniagaan yang anda buat kecil2 tapi hasilnya Besar2. Modalnya hanya menjadi Ahli dan mula makan produk ikut kemampuan awak lepas tu berkongsi kebaikan dan manfaat yang anda dapati dengan cara ini anda dapat hasil pendapatan beribu-ribu, Senangkan modalnya ( untuk ketahui lebih lanjut boleh hubungi kami terus tiada unsur paksaan)

Q: Saya ni pemalu, tak pandai?
A: Saya pun lambat mesra dengan orang.  Maklumlah dulu keje dengan mesin aja jadi memang ada rasa malu nak cakap dengan orang yang tak kenal.  Tapi dengan ada bisnes online, kita bukannya nak kena cakap depan orang pun.  Setiap hari share kebaikan Shaklee kat FB, Insta, Wechat.  Lama lama akan hilang rasa malu.  Ingat niat kita nak share kebaikan Shaklee dengan ramai orang, nak tambah income supaya tak perlu nak membanting tulang bekerja untuk orang, dapat spend masa lebih banyak bersama keluarga.
Jadi tak perlu nak simpan rasa malu atau rasa tak pandai bila kita ada niat yang besar untuk buat bisnes Shaklee demi keluarga yang kita sayang.

Q: Saya nak buat tetapi tak de masa?
A: Nak buat Shaklee tak perlu ambil masa lama pun dan saya pun tak minta masa dgn anda, anda boleh buat sambil2 makan, waktu rehat dan bila2 pun sebab semua boleh dilakukan secara online dan bagus 1 jam seminggu berjumpa dgn upline secara Online boleh / offline pun boleh.
kemudaian anda boleh sembang2 minum dengan pelanggan anda sebulan 1 kali senang je kan buat bisnes, tak perlu gi perjumpaan malam2 ..

Q: Awak duduk di Johor, macammana nak guide saya?
A: Mudah saja.  Dalam bisnes online, medium seperti whatsapp dan Facebook digunakan untuk berhubung.  Selain itu awak juga akan di masukkan ke dalam group untuk discussion dengan rakan rakan SID lain.  Lagi pun saya suka Travel dan saya akan pastikan saya berjumpa anda. Kita akan sentiasa ada sharing maklumat dan tips di sini.

Kalau ada soalan soalan lain lagi, boleh lah terus hubungi saya ya!  In Sha Allah saya akan guide. atau anda boleh terus hantar pertanyaan diruang komen atau borang dibawah ini.


Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda