4 Faktor Kombinasi Wajib PIlih

Jika anda ada SATU faktor kekuatan anda mungkin berjaya dengan usaha keras tanpa henti.  Jika anda ada DUA faktor kekuatan, anda juga mungkin berjaya dengan usaha keras tanpa henti.  Jadi bagaimana jika anda ada peluang memiliki EMPAT faktor kekuatan?  Dengan usaha sudah pasti kejayaan milik anda kecuali anda yang berhenti lakukan!

4 faktor kekuatan yang dimiliki oleh perniagaan yang kami usahakan tersenarai seperti berikut.

SYARIKAT YANG KUKUH DIBINA DENGAN FALSAFAH
Jika anda mahu perniagaan yang boleh berkekalan lama, lihat siapa syarikat tersebut.  Tentu anda tidak mahu ambil risiko terpaksa berhenti berniaga kerana syarikat ditutup kan.  Di Shaklee, pengedar pengedar yang giat membina perniagaan sentisa bercakap tentang syarikat.

Shaklee Corporation ialah syarikat pengeluar vitamin semulajadi No 1 di US.  Mana tidaknya, syarikat yang diasaskan oleh Dr Forrest C Shaklee ini dibina pada tahun 1956 atas falsafah ingin menubuhkan satu syarikat yang dapat memberikan impak positif terhadap tahap kesihatan manusia dan mempengaruhi kehidupan (gaya hidup) ke arah yang lebih baik.  Sebab itu, syarikat Shaklee terhasil setelah 40 tahun produk pertamanya tercipta.  Fokusnya sudah tentu SATU iaitu berkaitan kesihatan semata-mata.  Anda tidak akan nampak produk Shaklee sekiranya ia tiada kaitan dengan kesihatan manusia.  Paling penting, Shaklee mencipta produknya sendiri dan semua produk ciptaannya hanya diedarkan oleh pengedar pengedar Shaklee sahaja.


Dr Shaklee tidak mahu produk Shaklee yang diciptanya diletakkan di atas rak rak kedai farmasi kerana menurut beliau, produk tidak dapat bercakap sendiri tetapi manusia boleh bercerita tentang efek positif kepada manusia lain setelah diri sendiri makan produk tersebut.  Badan manusia tidak akan pernah menipu.  Dari sinilah terciptanya syarikat pemasaran berangkai yang pertama di dunia dengan kaedah pemasaran unik yang memberikan pulangan kembali kepada pengedar dan bukannya syarikat bolot semua keuntungan.

Setakat ini syarikat telah membelanjakan lebih daripada USD 5 Billion sejak penubuhannya 60 tahun lalu (1956).  Ini menunjukkan kestabilan syarikat dan kemampuan untuk membayar seberapa banyak manapun insentif bonus kepada pengedar di seluruh dunia.  Jika anda bersama Shaklee, perniagaan anda boleh dikembangkan ke arah global kerana Shaklee berada di 8 buah negara iaitu USA, Kanada, Mexico, Jepun, Malaysia, Taiwan, Indonesia, China.  Akan datang?  Sudah tentu akan terus dikembangkan ke negara negara lain.

Pemilik syarikat Shaklee sekarang iaitu Roger Barnett menyambung legasi Dr Shaklee dengan memastikan syarikat sentiasa relevan untuk menyambut masa akan datang.  Menurut beliau, Shaklee akan menjadi satu kuasa pergerakan paling hebat di dunia apabila ada 10 juta ahli di seluruh dunia bercakap tentang Shaklee dan membawa gaya hidup sihat Shaklee.  Roger Barnett sebelum memilih Shaklee pada tahun 2004, telah menghabiskan masa 5 tahun dan membelanjakan USD 5 juta untuk mengkaji pasaran dan melihat perniagaan yang paling sesuai untuk masa hadapan.  Beliau memilih Shaklee.




PRODUK YANG SEMULAJADI DAN TERBUKTI SECARA KLINIKAL
Dr Shaklee sangat percaya kepada kuasa alam semulajadi untuk menyelesaikan permasalahan manusia.  Ini mendorong beliau mencipta multivitamin PERTAMA di dunia pada tahun 1915 iaitu Vitalized Minerals yang dikenali sebagai Vitalea.  Mungkinkah perkataan vitamin diambil daripada nama Vitalized Minerals?

Vitalea masih ada sehingga sekarang dan dalam bentuk tablet adalah multivitamin paling lengkap pernah dicipta.  Tahun ini sudah pun berusia 101 tahun dan merupakan multivitamin tertua di dunia.
Pencuci Organik Basic H juga adalah pencuci organik Pertama dicipta di dunia pada tahun 1960.  Banyak produk Shaklee adalah merupakan ciptaan pertama termasuklah Vivix (melindungi dan membaiki sel DNA di tahap selular) dan Nutriferon untuk imun.

Bukan itu sahaja, rangkaian produk Shaklee meliputi pencuci organik, penjagaan kulit tanpa bahan kimia merbahaya dan sistem penapis air termoden.

Penciptaan Vitalea membuka jalan untuk banyak lagi ciptaan Pertama dalam tempoh 100 tahun.






Di Shaklee, semua produknya dicipta dan dihasilkan oleh saintis saintis Shaklee dengan mutu kawalan kualiti yang sangat tinggi.  Sehinggakan tumbuhan di ladang ladang tanaman bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan vitamin Shaklee mesti bebas daripada plumbum (lead) yang boleh didapati daripada asap kenderaan lalu lalang.  Berapa banyakkah ujian yang dilakukan?  Lihat gambar berikut.



Tak cukup dengan jaminan penghasilan produk berkualiti di tangan saintis Shaklee malahan ramai atlit peringkat Olimpik pemenang pingat emas dan angkasawan juga makan produk Shaklee semasa aktif bertanding dan beraksi.  Ini menambah lagi bukti bahawa produk vitamin dan suplemen Shaklee selamat tanpa sebarang kesan sampingan dan tanpa sebarang bahan kimia yang merosakkan badan.













Rangkaian produk yang berkualiti, peneraju ciptaan produk berdasarkan kajian saintifik dan selamat bebas daripada kesan sampingan serta dijamin berkesan bertindak dalam badan manusia.

PELAN PEMASARAN YANG MENGUNTUNGKAN
Pelan pemasaran yang menguntungkan mesti memberikan win-win kepada syarikat dan kepada semua pengedar.  Apabila bonus diberikan dalam bentuk peratus, anda sebagai pengedar mempunyai peluang untuk mendapatkan bonus pendapatan setiap bulan yang tidak terbatas.  Berada di atas dan paling awal bukan jaminan untuk goyang kaki tetapi potensi dan peluang untuk pendapatan lumayan 6 angka sebulan adalah kepada yang berusaha walaupun anda baru bermula.


Ini adalah Pelan Pemasaran untuk Malaysia.

Nikmati keuntungan runcit membeli pada harga ahli sehingga 33%.

Bonus prestasi maksimum untuk anda adalah pada kadar 21% tanpa had.  Lebih banyak anda buat, lebih besar bonus pendapatan anda.

Tambah lagi bonus kepimpinan pelbagai aras kedalaman dan anda berpotensi bawa pulang pendapatan 6 angka sebulan di sini.



Pangkat Master Coordinator adalah pangkat tertinggi bagi pelan Malaysia dan diiktiraf di seluruh dunia Shaklee.


ORANG (KEPIMPINAN DYNAMIC FAMILY GLOBAL)
Mempunyai kelebihan di sudut syarikat semata mata belum cukup untuk pastikan perniagaan besar yang berjaya dan berkekalan.  Anda perlu ada kumpulan manusia yang memberikan sokongan dan bimbingan.  Kepimpinan dari Dynamic Family Global sangat diperlukan untuk memberikan latihan yang betul dan sistem duplikasi yang tepat.  Mengapa kami katakan begitu?

Kejayaan yang telah dibuktikan selama 27 tahun sejak tertubuhnya family ini pada tahun 1989 diketuai oleh satu satunya pencapai Presidential Master di Malaysia.  Jadi tak hairan jika family ini mempunyai rekod pencapaian yang hebat dan ada sistem kejayaan untuk diduplikasikan.  Apa yang tinggal , cuma komitmen daripada ahli sahaja untuk mengikuti sistem, menyimpan sifat dan tabiat mencintai ilmu dan datang belajar tanpa jemu dan terus lakukan usaha bertubi tubi sehingga berjaya dan kekal berjaya - stabil dan tidak jatuh.

Semasa Seminar Kepimpinan bulanan kali ke 300 pada Ogos 2015


Advanced Leadership Seminar setiap 6 bulan. Shaklee Malaysia + Shaklee Indonesia + Shaklee Taiwan

Ada Gala Night




Master Coordinator Training 



Annual Celebration Dinner anjuran Dynamic Family Global

Bermacam macam ilmu & juga award diperlolehi dalam aktiviti aktiviti yang tetap ini.

Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda