Atasi Bau Hanyir Selepas Menyiang Ikan.

2:12 PTG

Salam kepada anda semua visitor blog.  Bagaimana dengan cuti hujung minggu anda minggu lepas?  Anda berehat di rumah memasak untuk keluarga atau keluar berjalan jalan makan di restoran selepas mengemas bersih sekitar rumah?   Situasi yang biasa kita lakukan ye tidak.  Entri kali ini berkait rapat dengan pilihan yang pertama tu - memasak di rumah di hujung minggu.




Minggu lepas kami singgah ke pasar pada hari Ahad kerana tak berkesempatan nak lakukan pada hari biasa.  Tahu tahulah saja bila ke pasar hari orang cuti, ramai lah pengunjung jadi kurang selesa nak singgah lama lama sebab sesak.  Dapatlah membeli ikan tongkol, ikan duri dan ikan Uji Rashid.  Balik rumah terus tuju sinki,  siang , potong & bersihkan ikan.  Mujur kuku masih pendek jadi kerja menyiang dapat buat dengan cepat.   Almaklumlah selepas tu nak ambil anak balik dari sekolah dan terus keluar appointment berjumpa kawan.  Jadi nak kena cepat. 



Dalam banyak banyak ikan, ada sesetengah ikan yang kurang berbau dan ada pulak sesetengah ikan yang baunya lambat hilang dari jari jemari kita walaupun selepas dibasuh bersih dengan sabun.  Saya pulak seorang yang sangat sensitif dengan bau bauan yang tertinggal di celah celah kuku.  Jadi lepas kerja menyiang siap, wajib mesti akan cium tangan untuk pastikan jari dah tiada tinggalan bau hanyir ikan.  Ada tak yang mempunyai tabiat macam saya?  Ha sila mengaku.  Berapa kali anda akan basuh tangan dengan sabun untuk hilangkan bau ikan.  Cukup tak basuh dua kali dengan sabun?  

Kalau saya dulu basuh 3 kali dengan sabun pun masih ada tinggalan bau sikit sikit di celah kuku.  Yelah kan, kalau setakat jari tu mudah nak hilang, tapi kalau dah bau tu tertinggal di celah kuku alamak memang frust betul lah dengan sabun.  
Sekarang saya cuma basuh satu kali dengan sabun, bilas kersih, kemudian satu kali dengan pencuci organik Basic H, dah siap.  Cepat dan confirm hilang bau di celah celah kuku semua.



Langkah untuk hilangkan bau hanyir menyiang ikan:
1. Buang sisa kotoran dari tangan.  Basuh bersih dengan air paip.
2. Gunakan sabun yg biasa anda gunakan (sabun pencuci pinggan atau handwash soap anti bacteria). Lumurkan dan basuh bersih. Bilas.
3. Dengan tangan anda yg masih basah , Titik kan dua atau tiga titik  pencuci organik Basic H dan lumurkan rata ke celah celah kuku dan celah celah jari.  Biarkan seketika.  Bilas dengan air paip.



Lepas ni anda dah tak perlu risau lagi untuk dapatkan jari jemari bersih tanpa bau selepas menyiang ikan.

Bagaimana pencuci organik Basic H boleh atasi bau dengan cepat?  

Basic H bukan pencuci berasaskan sabun dan bukan pencuci berasaskan bahan kimia yang mengandungi bau bauan semata mata.  Ia diperbuat daripada ekstrak tomato dan merupakan pencuci organik pertama di cipta di dunia oleh Shaklee Corporation pada tahun 1960.  Masih relevan sehingga ke hari ini malah formula telah ditingkatkan menjadi lebih pekat dan lebih berkuasa.  Pencuci organik Basic H ini menghaluskan komponen air dan menyebabkan kuasa cucian menjadi lebih berkuasa walaupun kuantiti dipakai sangat sedikit.
Jika anda seorang yang mempunyai kulit tangan sensisitif -  semua keperluan mencuci di dapur boleh disempurnakan dengan pencuci pinggan Dish Wash dan Basic H.  




Hubungi kami untuk lebih info bagaimana,

Mendapatkan suplemen terbaik dengan harga terbaik

Menjana pendapatan tambahan dan pendapatan lumayan dari rumah



Master Azlina

Whatsapp : 012.7728856

Follow IG : Suplemen_lebih_dari_organik

Email : azlina.adnanmy@gmail.com


Master Jessnor Hafiz

Whatsapp : 019.7759956

Facebook : www.facebook.com/jess.hafiz

Like FB Page : Jessnor Hafiz Mat Jizat

Follow IG : Pengedar_Shaklee_Malaysia



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda