4 Fungsi Penting Hati Yang Ramai Orang Malaysia Tak Tahu

8:12 PTG

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan menjana semula. Sebagai contoh, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung tetapi serangan ke atas sel hati sebagai akibat toksin berlebihan boleh dibaikpulih melalui penjanaan semula sel-sel hati oleh organ itu sendiri. 

Fungsi Hati:


Rembesan Hempedu
Cecair rembesan hempedu disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu iaitu dalam proses penghadaman. Hempedu sangat penting dalam pencernaan lemak di mana lemak dipecahkan kepada globul yang lebih kecil. Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin-vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E, F dan K dan membantu dalam asimilasi kalsium. Hempedu juga menukarkan beta-karotena kepada vitamin A.

Organ Detoksifikasi
Hati menyahtoksin ammonia yang terhasil daripada metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan di dalam usus. Hati mengawal metabolisme protein. Dalam detoksifikasi ammonia, hati menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Kemudian, bahan-bahan ini dikumuhkan daripada buah pinggang. Oleh itu, untuk mempunyai fungsi hati yang betul, fungsi buah pinggang juga mestilah betul.

Kawalan Paras Gula Dalam Darah
Hati menukarkan tiroksina, hormon utama daripada tiroid, kepada bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan Faktor Toleransi Glukosa (Glucose Tolerance Factor - GTF) daripada kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan di dalam hati sebagai glikogen, dan akan ditukar kembali kepada glukosa apabila diperlukan untuk tenaga.

Metabolisme Lemak
Hati mempunyai fungsi yang sangat penting dalam sintesis asid lemak daripada asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan fosfolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.



Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex, iaitu ekstrak biji benih pokok susu tisel, menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati. Ekstrak daripada biji benih pokok susu tisel menghasilkan 80% silymarin. Produk ini juga mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak Schizandra dan cendawan Reishi (kaya anti-oksida) dan ekstrak dandelion, kunyit dan articok.










 
Ekstrak biji benih pokok Milkthisle:  mengandungi 80% silymarin dan kaya anti-oksida. Ekstrak ini berfungsi melindungi hati daripada toksin termasuk dadah, racun dan bahan kimia, merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis, mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol, membantu mencegah dan merawat masalah batu karang dan membantu dalam masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema.


Articok membina semula sel-sel hati dan merangsang pengaliran hempedu.



Dandelion membantu fungsi hati terutama ketika hepatitis dan kekuningan (jaundice), membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu daripada hati dan pundi hempedu, membantu mencegah batu karang, membantu merawat endometriosis serta bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit, meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap zat besi lantas melawan anemia, melawan tumor dan kanser dan merendahkan paras gula dalam darah. Juga membantu dalam masalah kekembungan dna lebihan air.



Kunyit mengandungi curcumin, sejenis anti-oksida. Bermanfaat untuk meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan serta mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV.

Cendawan Reishi (Ling zhi) membina sistem imun di mana ia membantu dalam mencegah atau merawat kanser. Ia juga membantu mengurangkan masalah bronkitis dan sinusitis, merawat sindrom keletihan yang kronik dan membantu mencegah penyakit jantung.

 

Ekstrak biji benih Schizandra mengandungi bahan anti-oksida. Bahan ini terlibat dalam rangsangan sintesis protein, peningkatan jumlah enzim detoksifikasi dalam hati dan memperlahankan pembentukan toksin.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda