Jangan Biar Masalah Sendi Halang Tugasan Kerjaya Anda

12:55 PG

"Selamat pagi.  Boleh tolong sampaikan pada encik Ketua Jabatan yang saya MC hari ni.  Tak dapat datang kerja.  Sendi saya sakit lagi.  Rasa susah nak bergerak hari ni.  Terima kasih."

"Kak, boleh tolong bagitahu Guru Besar saya MC lagi hari ni.  Mintak maaf sangat sangat.  Nanti saya usahakan untuk buat kelas gantian. Macam biasalah kak, masalah sendi ni belum baik baik lagi."

Pernah tidak anda mengalami situasi seperti di atas di tempat kerja?  Jika pernah, pasti anda maklum tentang kesan dan akibat.  Bila situasi seperti ini berlaku kedua dua belah pihak menerima akibatnya, baik si penghidap masalah sendi mahu pun rakan rakan sekerja.  Lebih merisaukan lagi jika ianya terjadi melibatkan pihak ketiga iaitu 'customer' contohnya pelajar.  Silibus pelajaran tertunda sedangkan masa setahun sangat terhad untuk menghabiskan semuanya dan bersiap untuk peperiksaan.   

Rasa serba salah pun ada.  Rasa kekangan kerja pun ada.  Mana tidaknya, berapa sangatlah jumlah MC yang boleh diambil dalam setahun.  Nak tak nak terpaksalah menahan sakit dan datang kerja walaupun pergerakan terbatas.  Tak kan nak ambil cuti tanpa gaji pulak.


Mengapa Terjadi Masalah Sendi Terutamanya Kepada Wanita

Masalah sendi berlaku akibat tulang rawan pada sendi semakin haus atau inflamasi yakni pembengkakan di bahagian bahagian sendi.   Ia melibatkan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.  

Bila ini berlaku, seorang penghidap masalah sendi akan mengalami kesulitan menjalankan aktiviti harian seperti berjalan, menaiki tangga, bersila, mencangkung dan berlari. 

Gangguan fungsi sendi boleh menghadkan pergerakan seseorang.  Lama kelamaan dia mungkin terpaksa bergantung kepada peralatan khusus atau orang lain untuk memudahkannya bergerak.

Tapi mengapa wanita lebih ramai mengalami masalah sendi berbanding lelaki?  Tok wan sakit lutut tetapi tok ki boleh kayuh basikal?

Ciri fizikal seorang wanita dengan pinggul yang lebih lebar dan cara berjalan memberikan tekanan yang lebih kepada kawasan seperti lutut mengakibatkan selalu kita dengar sakit lutut dialami oleh ramai wanita dan bukan lelaki.  


Apa Tanda Kerosakan atau Haus Pada Tulang Rawan?

  • Sendi bengkak
  • Sakit pada bahagian sendi
  • Lutut terkunci 
  • Lutut berbunyi ketika bergerak terutama jika tulang rawan rosak di bahagian belakang lutut

Dua Masalah Sendi Yang Perlu Anda Ketahui

Masalah sendi yang berlaku pada setiap individu tidak sama.  Doktor membahagikan masalah sendi kepada dua jenis iaitu

1. Osteoarthritis

Masalah sendi yang biasa dihidapi oleh ramai orang.  Jika dahulu hanya dihidapi oleh golongan tua, sekarang golongan yang lebih muda juga berisiko mengalami simptom osteoarthritis.

Sendi merasa sakit, diikuti dengan kemerahan atau sedikit bengkak pada sendi seperti lutut.  Tulang rawan yang semakin haus adalah salah satu penyebab terjadi masalah ini. Jika tidak diambil endah daripada awal, boleh mengakibatkan anda kehilangan tempurung lutut dan digantikan dengan tempurung lutut baru.

Mengapa?  Rawan yang haus akan menyebabkan tulang anda bergesel dan ini sangat sakit. Kehadiran tulang rawan pada kedudukan antara dua tulang menyerap hentakan dan membolehkan anda melakukan pergerakan fizikal tanpa batasan.  Bayangkan bila rawan ini sudah menipis atau tiada.  Kos pembedahan dan rawatan selepas pembedahan bukan murah ya.  




2. Rheumatoid Arthritis

Masalah sendi yang kedua ini pula disebabkan oleh penyakit autoimmune.  Ia berlaku apabila sistem imun badan anda bertindak menyerang sendi sendi dalam badan.

Memang jarang berlaku, tetapi jika terjadi kepada anda perlu cepat cepat dapatkan rawatan dan penyelesaian.  Sendi sendi seperti di jari jari tangan menjadi sangat sakit, membengkak, dan keras tidak boleh digerakkan.

Bahagian badan yang diserang boleh di bahagian pergelangan tangan, jari, buku lali, lutut dan jari kaki.
Rasa kejang atau keras di waktu pagi boleh berlarutan melebihi 1 jam.




Rawatan Lazim Untuk Atasi Masalah Sendi
  • Ubat-ubatan daripada doktor perubatan seperti ubat penahan sakit dan ubat anti radang.  (jangan ambil sesuka hati tanpa nasihat doktor!)
  • Ubat sapu luaran
  • Suntikan doktor
  • Pembedahan mengganti tempurung lutut bagi kes yang sangat serius
  • Melakukan senaman sendi
  • Mengurangkan berat badan 
  • Bersenam ringan untuk menggalakkan fleksibiliti sendi agar tidak keras
  • Lindungi sendi daripada kerosakan seterusnya.  Elakkan beri tekanan atau beban terutamanya jika melibatkan sendi lutut.  Jangan mencangkung.  Tukar tandas duduk.
  • Rawatan haba untuk melegakan sakit.  (awas - jangan lakukan rawatan haba jika sendi sedang bengkak)
  • Elakkan tekanan
  • Makan makanan seimbang dapat mengelakkan masalah berat badan dan memberi daya tahan kepada tubuh melawan penyakit
  • Makan suplemen khusus yang boleh meringankan tekanan kepada sendi dan menambah fleksibiliti pergerakan

Cara mengatasi dan meredakan masalah sakit sendi melalui suplemen


Anda boleh pilih untuk mengelakkan masalah sendi menjadi lebih serius dengan mengamalkan setiap hari suplemen khusus untuk sendi.  

Anda juga perlu melakukan aktiviti fizikal setiap hari bagi menggalakkan pergerakan sendi.  Berjalan dan bersenam ringan adalah contoh pergerakan fizikal yang anda boleh lakukan sendiri.

1. Ostematrix

Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.  Selain menguatkan tulang dan mengelakkan masalah osteoporosis, ostematrix juga memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas.  

Ia juga meringankan stres dan meningkatkan ketumpatan tulang.

2. Omegaguard

Omegaguard sangat berkesan untuk mengatasi masalah inflamasi pada sendi.  Ia memelihara fungsi fungsi sendi dan paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan.

Apa maksudnya?  Suplemen omegaguard boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.  Dengan ini ia dapat mencegah arthritis.

3. Alfalfa Complex 

Alfalfa ialah tumbuhan yang kaya dengan pelbagai nutrisi.  Ia dapat mencegah dan melegakan sakit akibat arthritis.  Sifat alfalfa yang beralkali menyingkirkan toksin daripada badan.  Masalah sendi yang sakit akibat toksin terkumpul dapat dilegakan dengan pengambilan alfalfa setiap hari.

Suplemen ini juga mengandungi saponin dan seperti span yang bertindak sebagai serat untuk menyerap kolesterol.  Masalah kegemukan akibat pengumpulan air dalam badan (water retention) juga dapat diatasi dengan alfalfa.


Sekiranya masalah sendi anda lebih serius dan pergerakan agak terbatas, anda boleh tambah pengambilan Collagen Powder dan Vivix kepada Set Sendi.

Collagen Powder mengandungi 4,000mg kolagen daripada sisik ikan merah dan amat mudah diserap oleh badan kerana beratnya hanya 1,000 Dalton.  7 ramuan utamanya (ekstrak biji Camelia Japonica, kolagen sisik ikan merah, ekstrak kekerang, lactobacillus acidophilus, ekstrak Pfaffia, vitamin C dan Vitamin B) berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi.  

Bagi masalah sendi Rheumatoid Athritis, Vivix boleh membantu kerana ia bertindak meindungi dan membaiki DNA diperingkat sellular.  Juga bersifat anti inflamasi, kaya antioksidan dan resveratrol.





Kami sedia membantu anda:

Mendapatkan suplemen terbaik dengan harga terbaik

Menjana pendapatan tambahan dan pendapatan lumayan dari rumah



Jika anda ingin terus dapatkan  Set Sendi  klik sahaja link di bawah.
Anda juga boleh pilih untuk lebihkan penjimatan 15 hingga 20 peratus wang anda 
dengan langkah mudah mendaftar keahlian Shaklee 
untuk kegunaan sendiri.


Klik Daftar Sekarang dan selepas itu klik butang   Join Now 
Isikan maklumat daftar keahlian anda di sana.



Nak tahu lagi informasi lanjut?


Master Azlina

Whatsapp : 012.7728856


Master Jessnor Hafiz

Whatsapp : 019.7759956






You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda