Konspirasi Gula Melanda Negara

12:38 PTG

Betul ke negara kita sekarang dilanda isu konspirasi gula?  Jika anda letak hashtag #konspirasigula di media sosial banyak artikel, info, komen dan pihak pihak tertentu yang berkongsi tentang permasalahan konspirasi gula ini.

Yang terbaru ialah yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia pada pertengahan September di laman facebook berkenaan konspirasi gula di dalam susu pekat manis.  Tagline seperti "minuman yang dipercayai turun temurun" atau "membesar dengan susu cap *" banyak digunakan di dalam iklan.  Untuk menarik pengguna tegar, kandungan susu pekat manis diwar warkan mempunyai
- rendah kandungan lemak
- vitamin A
- vitamin B
- lebih kalsium

Walhal kandungan gula di dalam satu tin susu pekat manis boleh mencapai sehingga 45% manakala susu hanyalah 10%.  Susu pekat manis yang hadir dalam kehidupan harian kita banyak muncul di dalam minuman seperti teh tarik dan ABC.  Di dalam kajian MANS (Malaysian Nutrition Survey, masyarakat Malaysia mengambil 30gram(3 sudu) susu pekat manis setiap hari yang bersamaan dengan 16 gram gula.

Lagi konspirasi gula yang membimbangkan ialah di dalam minuman 3 dalam 1.


Untuk baca artikel penuh oleh Public Health Malaysia, anda boleh copy paste link di bawah.
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/pb.1712327752390423.-2207520000.1473985121./1767242353565629/?type=3&theater


Mungkin perkataan #konspirasigula baru popular, tetapi kesedaran tentang bahaya gula telah lama wujud.  Mencari-cari majalah i-Sihat lama-lama, saya ingat kembali satu artikel yang ditulis oleh Dr Malinda Mohd Ali tentang bahaya gula kepada kesihatan - "Gula Cetus 60 jenis Penyakit".


Bersama DR penulis artikel
Penulis artikel menerangkan bahawa gula tergolong dalam karbohidrat dan gula bertapis yang kita gunakan ialah sukrosa padat bukan semulajadi yang telah diproses di mana semua nutrisi dan zat telah dibuang.  Antara gula bertapis ialah gula pasir, light molasses (baki cecair selepas pengekstrakan gula daripada tebu), gula perang dan juga pepejal sirap jagung.
Ini ialah kategori Gula Terproses/bukan semulajadi.

Ada juga Gula Buatan yang tidak berkhasiat seperti Aspartame, Aceslfat K dan Sucralose.

Kedua-dua jenis gula ini menjadi faktor penyebab kepada masalah kesihatan.  Awas! gula jenis ini tersembunyi di dalam makanan dan minuman ringan, ais krim, gula-gula, makanan dari kilang termasuk bijirin sarapan, kek, minuman berperisa dan sebagainya.

Menurut Dr Malinda, apabila kita mengambil gula terproses,
# Badan akan mengalami masalah untuk menghadamkan serta menyingkirkan toksik tersebut.
# Ia akan berkumpul dalam badan dalam bentuk asid pyruvic yang boleh mengganggu saraf, sel-sel otak dan juga sel-sel darah merah.
# Ia juga menyebabkan pernafasan sel-sel terganggu.
# Kekurangan oksigen berlaku dan mencetus kepada kerosakan dan kematian sel.

Apa akan jadi kepada badan yang dipenuhi dengan gula terproses yang berlebihan?

1. Gula yang berlebihan akan ditukarkan kepada asid lemak menjadi sel-sel lemak di bahagian visceral (lemak disekeliling organ) dan juga di bawah kulit.

2. Kandungan gula yang tinggi dalam darah menyebabkan ia menjadi tempat yang sangat sesuai untuk pembiakan bakteria, virus, dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser.

Apa komplikasi gula berlebihan kepada tahap kesihatan kita?

# Pankreas anda terpaksa bekerja keras.  Lama kelamaan akan melemahkan pankreas dan menyebabkan anda diserang Diabetes.

# lazimnya pesakit akan mengalami komplikasi kardiovaskular yang boleh menyebabkan kematian yang berpunca daripada timbunan gula atau lemak.

# Tubuh tidak berupaya menggunakan kesemua lebihan lemak atau kolesterol daripada gula menyebabkan ia perlu disimpan.  Simpan di mana?

Simpan di hati, jantung, arteri, tisu lemak, buah pinggang, otot dan lain lain organ.

# Anda terdedah kepada masalah atherosclerosis, hati dan buah pinggang berlemak (fatty liver), sesetengah kanser, obesiti dan diabetes.

# Gula juga menghalang fungsi sistem imun dan meningkatkan risiko penyakit yang disebabkan oleh sistem imun yang lemah seperti alahan dan jangkitan.


Kurangkan gula.  Tambahkan pelaburan kesihatan anda



Kami sedia membantu anda:

Mendapatkan suplemen terbaik dengan harga terbaik




Nak tahu lagi informasi lanjut mengenai suplemen?


Master Azlina

Whatsapp : 012.7728856


Master Jessnor Hafiz

Whatsapp : 019.7759956





You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda