Suka Travel? Nak Tips Cergas Bertenaga Sepanjang Percutian?

12:42 PTG


Siapa di sini suka melancong ke luar negara?  Perkataan ringas yang selalu kita dengar/guna ialah "siapa di sini suka pegi TRAVEL"?  Mesti ramai kan.  Lebih-lebih lagi kalau dapat melancong dengan orang-orang tersayang.  Memang menjadi idaman ramai.

Dalam kebanyakan blog travel, ramai yang berkongsi pandangan dan pengetahuan bagaimana nak sampai ke sesuatu destinasi - tak kisahlah yang nak melancong bajet atau melancong secara individu atau backpackers.  Tapi tak ramai yang ceritakan tentang bagaimana nak jaga kesihatan dan dapatkan tahap kecergasan optimum sepanjang tempoh kita melancong.  Walhal faktor kecergasan diri sangat penting sebab itu kali pertama kita sampai ke negara luar.  Banyak yang perlu disesuaikan, baik dari segi makanan yang berbeza, pertukaran zon masa dan sudah tentu cuaca.

Ok jom teruskan membaca dan saya nak kongsi pengalaman saya kekal cergas tanpa jetlag sepanjang melancong ke luar negara.

Tip 1:
Rancang Dan Faham Jenis Makanan Yang Dimakan
     Makanan ada pelbagai jenis.  Sepanjang melancong anda mungkin sudah disediakan makanan dalam pakej pelancongan atau anda perlu bawa sendiri jika melancong tanpa kumpulan.  Tidak jadi masalah kerana di sini anda perlu faham kepelbagaian jenis dan kumpulan makanan.
Karbohidrat = kumpulan makanan yang paing banyak disediakan.  Contohnya Pasta, nasi, roti, mi, couscous.
Protein = ikan, daging atau ayam halal, ikan sardin, kekacang, susu, telur.
Vitamin & Mineral = sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang.
Fiber/Serat = yogurt, roti hi fiber, chia seed, physilium hus, buah-buahan
Gula daripada hampir semua makanan terutama buah-buahan melon/keluarga tembikai.

Pastikan dalam sehari anda makan semua jenis kumpulan makanan ini.  Jika siang tidak ada kesempatan makan buah-buahan, pastikan ada di sebelah malam.  Makan protein yang lebih banyak jika anda berada di negara sejuk, untuk pastikan rasa kenyang lebih lama dan beri tenaga sebab anda pasti akan banyak berjalan kaki.  Tenaga sangat perlu untuk elak rasa sejuk dan jauhkan dari jatuh sakit.  Jika masak sendiri, ikan sardin memang sedap tetapi paling elok dikurangkan kerana ianya makanan berproses (semua makanan dalam tin masuk kategori ini) dan boleh tambahkan dengan serunding daging, ikan bilis dan sebagainya yang bukan makanan dalam tin.  Anda boleh beli telur dengan mudah apabila sampai ke luar negara.  Makanan segar adalah yang terbaik.

Runding dengan agen pelancongan untuk tahu makanan yang akan dihidangkan.  Katakunci = kepelbagaian jenis makanan.


Tip 2:
Bawa Botol Air
     Jika melancong ke negara luar, lazimnya orang Melayu akan membawa satu botol kosong untuk digunakan di dalam tandas (shhhhh... sebab tiada kemudahan pili air dalam tandas).  Tetapi botol air yang dimaksudkan ini ialah botol air untuk minum ya!
Setiap kali melancong saya akan pastikan ada botol air bersama yang dibawa sepanjang dalam kapal terbang dan setiap hari berjalan.  Bunyi macam pelik, ada botol air dalam kapal terbang.  Dalam penerbangan, anda perlu minum air yang secukupnya.  Mengapa?  Kerana udara dalam kabin adalah kering, dan anda nak elakkan berlaku kekejangan kaki sebab duduk lama.  Minta dengan pramugari air dan anda boleh minum secukupnya tanpa perlu kerap meminta kerana mereka cuma sediakan cawan plastik kecil bila anda minta air.

Kekurangan air boleh bermula dari dalam kapal terbang lagi.  Bila dah mendarat dan mulakan perjalanan, bawa botol air dalam beg galas anda setiap hari.  Air mineral/air botol di negara luar biasanya mahal dan anda boleh berjimat dengan membawa air sendiri.  Negara Barat biasanya air paip boleh terus diminum (bergantung kepada negara yang anda melancong.  Mungkin bukan semua)


Tip 3:
Minum Air Secukupnya Tanpa Risau Kerap Mencari Tandas
     Tip ini agak membimbangkan terutamanya jika anda ke negara sejuk.  Kalau minum air banyak, nanti kerap ke tandas.  Jadi bagaimana nak atasi?  Saya akan pilih untuk membancuh air isotonik tanpa gas dan gula selain bawa air kosong.  Orang kita biasa panggil "sports drink".  Air jenis ini akan beri kita hidrasi yang lebih baik daripada air kosong biasa.  Jadi kita tidak perlu minum terlalu banyak untuk dapat kesan yang diperlukan.  Maka kuranglah kekerapan nak mencari tandas di negara orang.

Pilihan saya ialah Performance Drink perasa oren dari Shaklee.  Dalam bentuk serbuk jadi tidak berat untuk dibawa dalam beg baju.  Bancuh secukupnya bila perlu.

Bila anda minum air yang cukup, anda dapat elakkan demam semasa melancong.  Bilik hotel yang berhawa dingin ditambah dengan cuaca panas atau sejuk di luar memang satu cabaran kepada sistem badan kita.

Air yang cukup juga dapat elakkan masalah bibir mudah kering dan kulit gatal akibat kulit kering.


Tip 4:
Rehat Atau Tidur Malam Nyenyak Tanpa Gangguan
     Ini sangat penting.  Rehat dan tidur yang nyenyak pastikan badan anda yang keletihan sepanjang hari dapat di"cas" semula dan sedia untuk berjalan lagi keesokkan hari.  Amalkan tip untuk rehat yang cukup antaranya ambil bekalan kalsium sebelum tidur, minum susu panas, tutup semua lampu, mandi air panas sebelum tidur, jangan minum minuman bergula selepas makan malam dan banyak lagi yang anda boleh buat yang sesuai dengan anda.

Jika anda sensitif dengan bantal, mungkin boleh biasakan tidur dengan bantal angin sebelum anda bercuti dan bawa bantal itu bersama.  Maklumlah, bukan semua antara kita yang melancong duduk di hotel 5 bintang.  Jadi cari keselesaan.


Tip 5:
Buang Air Besar Sangat Penting
     Penyakit berpunca daripada perut.  Apa yang anda makan perlu dikeluarkan keesokkan harinya dengan sempurna.  Tidak kisah sama ada anda lakukan di sebelah pagi atau di sebelah malam setelah balik ke hotel, hanya pastikan ia MESTI keluar.

Sebab itu tip 1 hingga 5 perlu diambil perhatian kerana semua itu akan pastikan tip ke5 ini dapat dilaksanakan setiap hari.  Anda yang biasa pening kepala, rasa mabuk, susah nak tidur, rasa penat setiap kali pergi melancong, boleh semak tahap buang air besar anda bila berada di luar negara.  Anda yang ada masalah angin dalam badan dan mudah sejuk hujung jari juga disebabkan pembuangan air besar yang kurang lancar.

Bila diluar negara, anda pasti banyak berjalan jadi ini sepatutnya memudahkan proses buang air besar.  Jadi yang tinggal untuk anda awasi ialah daripada no 1 hingga no 5 yang boleh merencatkan proses semulajadi badan ini.

Tip 6:
Sediakan Kudapan
     Kudapan yang sihat bukan "jajan" atau makanan segera.  Antara yang baik mungkin kekacang, biskut kurang manis, sandwich mudah, coklat gelap (dark chocolate), rice cracker (biasa dijual ke dikedai makanan organik), buah-buahan mudah bawa yang anda boleh ambil daripada meja sarapan hotel atau dibeli di sana.  Baca label kandungan makanan ringan yang anda bawa dan elakkan semua yang ada tulis kod kod sebab ini menunjukkan perasa dan pewarna yang digunakan.

Makan kudapan sebab anda akan berada di negara yang zon waktunya berbeza dengan Malaysia dan untuk elakkan perut masuk angin sementara menunggu waktu makan sampai (jika anda melancong dengan kumpulan dan makanan disediakan) atau tempat makan yang sesuai.  Kudapan juga penting apabila anda mebawa anak anak bersama.


Tip 7:
Tak Salah Menikmati Makanan Segera
     Makanan segera pilihan ramai?  Sudah tentu ramai yang bersetuju MEE MAGGI.  Comfort food orang kata.  Sedap, panas, mudah disediakan dan mengenyangkan tak kira waktu kan.  Biasanya mee segera sebagai "backup" jika rasa lapar atau jika pakej pelancongan anda tidak sediakan makanan, mungin ia menjadi antara makanan utama.

Sekarang ini sudah banyak pilihan makanan segera termasuklah nasi goreng ikan bilis dalam cawan seperti mee segera dan ada juga nasi lemak segera.  Jadi jika bawa mak ayah bersama, makanan makanan ini dapat sedikit sebanyak mengubati rasa "homesick" rindu kepada Malaysia.  Bukan apa, tidak semua antara kita yang serasi dengan makanan negara lain.  Jangan pulak ada sesiapa yang demam nanti kerana homesick.

Jika anda perlu sediakan makanan sendiri dan ada kemudahan dapur memasak, mungkin makanan segera anda tidak perlukan langsung.  Hanya perlukan bahan bahan perasa mudah untuk memasak.


Tip 8:
Ada Makanan Panas Dan Minuman Panas
     Bila pergi melancong, kita perlu sentiasa rasa gembira dan bersemangat serta rasa syukur kerana dapat peluang melihat negara orang.  Jadi pelbagaikan tekstur makanan dan cara masakan.  Tidak jadi masalah jika anda disediakan makanan atau ada kemudahan memasak.  Dapat makanan panas di negara sejuk memang sangat syukur dan perasaannya... anda perlu lalu sendiri untuk mengetahui.


Tip 9:
Kurangkan Gula
     Gula biasanya muncul sebagai bahan tambahan di dalam minuman.  Antaranya ialah minuman 3 dalam 1 yang dicampur gula dan krimer serta bahan pemanis lain untuk menyedapkan rasa minuman.  Selain daripada itu minuman dalam botol, minuman dalam kotak termasuklah jus buah-buahan yang anda beli semuanya mengandungi gula tambahan.  Jadi sebelum anda membeli, bacalah dahulu label kandungan pada bungkusan.

Tapi kenapa nak elakkan gula lebih?  Gula lebih semasa melancong boleh menjejaskan sistem imun badan selain boleh menjejaskan rasa nak tidur apabila sampai waktu.  Anda tidak mahu diganggu dengan jatuh sakit sepanjang bercuti dan mahu rehat dan tidur yang nyenyak setiap hari.  Gula yang berlebihan juga tidak membantu tenaga anda setiap hari berjalan kaki kerana satu ketika tenaga anda tinggi tetapi kemudian tenaga akan jatuh mendadak dan anda rasa lebih letih.


Tip 10:
Bawa Ubat-ubatan Dan Suplemen Yang Anda Perlukan
     Ubat-ubatan sebagai langkah berjaga-jaga jika anda memang perlukan.  Yang biasa dibawa selalunya ubat demam dan sakit kepala, ubat selsema, ubat cirit birit, ubat muntah/mabuk, minyak angin dan lain lain yang berkaitan.  Harap ini tidak menakutkan anda tetapi sebagai panduan berjaga-jaga kerana kita tidak mahu berbelanja lebih untuk kos rawatan di luar negara yang kita tidak tahu dan tidak jangka.

Tahap kesihatan yang baik sebenarnya perlu dipastikan daripada sebelum tarikh melancong lagi. Bagus jika anda sudahpun mengamalkan mengambil suplemen setiap hari.  Jadi apabila pergi melancong, bawa sahaja semua yang anda sudah biasa makan.  Tak perlu bawa botol, gunakan pek yang lebih kecil dan mudah dibawa.  Simpan di dalam beg baju untuk di check-in.

Saya akan membawa empat jenis suplemen sahaja setiap kali melancong iaitu tonik anggur Vivix, Ostematrix untuk bekalan kalsium, Vitalea sebagai suplemen tenaga dan Vitamin C sebagai tambahan untuk elakkan demam dan batuk.  Ringkas dan mudah.


Harap entri ini dapat membantu anda di dalam percutian akan datang.  Jika nak kongsi pendapat atau bertanya lanjut bolehlah email ke iwcafamily@gmail.com 






You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda