Bisnes Atau Berangan

9:44 PG

   

     Ramai orang yang sukakan pekerjaan bergaji setiap bulan dan tak kurang ramai di luar sana yang suka dan tertarik dengan bisnes.  Bila seseorang rasa tertekan dan sempit dalam pekerjaannya, dia boleh mengelamun dan bayangkan alangkah indahnya jika dia bukan seorang "pekerja" tetapi seorang "pemilik bisnes".  Tidak terikat dengan jadual kerja tetap dan jadual cuti terhad.  Indahnya dunia orang lain selain daripada dunianya sendiri.

Dunia bisnes memang indah.  Apa sebabnya?  Paling utama ialah kerana kita yang pilih dan kita yang tentukan kita NAK bisnes itu.  Dalam pekerjaan, pilihan di tangan kita tetapi keputusan di tangan orang lain di tangan penemuduga sama ada nak pilih kita bekerja atau nak musnahkan keinginan dan azam kita nak mencurah bakti.  Jangan lupa pula, ada kelayakan minima pulak untuk memohon pekerjaan.  Dalam Bisnes?  Memang kelayakan tidak diperlukan.  Rasa lega tak?  Awal awal lagi kita sudah lepas daripada dinilai oleh mata dan pandangan orang lain.

Jadi di mana kita nak letak kekuatan dan keazaman kita bila kita telah tetapkan hati nak memilih bisnes sebagai kerjaya.

1.  Ambil keputusan muktamad
Betul nak pilih bisnes?  Tanya diri anda dengan jujur.  Dah tetapkan fikiran untuk berbisnes - Tanya diri anda lagi dengan jujur.  Dah tekad betul betul nak berbisnes?  Tanya diri anda lagi dengan jujur.

Kenapa nak tanya berulang kali?  Sebab sekali anda letak tekad, anda harus TERUSKAN usaha dan yakin bisnes ialah rezeki untuk anda di masa hadapan.

Tiada tempat untuk bermalas malas atau sikap "look see look see" i buat kalau jadi , kalau tak jadi i berhenti.  NO.

2.  Nampak potensi bagaimana bisnes boleh berkembang
Kita buat bisnes bukan kerana nampak kawan kita buat bisnes kita pun nak jadi macam dia.  Kita buat bisnes bukan sebab kawan kita kata buat bisnes senang tak payah nak fikir fikir nak siapkan laporan macam waktu kita bekerja.

  • Kita buat bisnes sebab kita telah diterangkan potensi dan peluang untuk bisnes ini kukuh dan berkembang serta stabil bertahun tahun hingga anak cucu kita.  
  • Kita buat bisnes kerana bisnes yang kita pilih boleh beri kebaikan kepada ummah dalam jangka panjang.
  • Kita buat bisnes sebab kita nak gandakan pahala kita berbakti kepada ummah.
  • Kita buat bisnes sebab bisnes itu asli "genuine" dan boleh tahan lama.  Tak menipu duit orang lain.  Tak jual impian membabi buta.  Kiraan keuntungan yang realistik dan ada potensi untuk pendapatan pasif.
  • Kita buat bisnes sebab kita boleh rangka pelan, buat matlamat, hidupkan impian dan ada platform untuk capai semua yang penting dalam hidup kita.


3.  Tahu beza antara kerja makan gaji dengan kerja untuk kukuhkan bisnes
Kerja untuk bisnes memang tak ada punch card atau clock in clock out masa bekerja di pejabat.  Kerja untuk bisnes tak mengikut waktu tetapi mengikut usaha yang perlu dilakukan TANPA mengira masa.

  • Kehidupan dan bisnes menjadi SATU.  Bangun ingat bisnes.  Berkelakuan baik sebab bisnes.  Berjimat sebab dah ada bisnes.  Cekap urus rumah tangga dan anak anak dan suami sebab dah ada bisnes.  Atur jadual hujung minggu dan bulanan sebab dah ada bisnes.
          Bila kita pisahkan keluarga dengan keperluan bisnes salah satu akan terjejas.
  • Terima kerja di luar waktu normal.  Awal pagi untuk mulakan perjalanan out station.  Lewat malam balik dari diskusi dan out station bila perlu.
  • Tak perlu clock in masa memang boleh bangun lewat setiap hari tetapi Allah melihat.  Siapa yang beri rezeki?
  • Bersyukur itu penting.  Dapat elakkan rasa sedih dan iri hati apabila belum kaya dan berjaya.  Dapat elakkan riak dan sombong apabila telah kaya dan berjaya.
  • Memberi dan bersedekah itu juga penting.  Jika bersedekah, buat dengan ikhlas kerana Allah bukan dikaburi dengan perasaan "aku nak kaya sebab itu aku sedekah hari ini".
  • Amalan dalam agama juga sangat penting.  Dapat bonus melatih bersabar dan tidak membuang masa sia sia.  (tak perlu nak letak di sini la ya, sebab dah ramai sangat penulis kat luar sana yang berkongsi)
  • Buat bisnes bukan sebab nak ikut trend atau nak nampak hebat.

4.  Ada ruang untuk belajar tingkatkan ilmu bisnes
Bisnes yang kita lakukan, adalah yang pertama kali kita buat.  Tak kisah lah bisnes yang ke berapa jenis tapi untuk jenama itu, yang kali pertama kan?  Jadi BERHENTI jadi sombong dan mula belajar.  Belajar dengan orang yang buat bisnes yang sama.  Belajar dengan orang yang sudah lakukan.  Bersyukur jika anda ada hubungan dengan orang yang buat bisnes yang sama dan telah berjaya dan MASIH melakukan bisnes itu.  Kenapa nak malas dan buat alasan setiap kali dipanggil belajar?  Ini tidak betul.

Sifat ingin sentiasa belajar tidak boleh dibeli daripada sesiapa dan tidak boleh diberi oleh sesiapa.  Ia datang daripada kesedaran DALAM diri kita sendiri.

5.  Lakukan lagi dan lagi 
Konsisten rahsia untuk bisnes yang kukuh.  Tidak mengalah rahsia untuk bisnes yang kukuh.  Kukuh sahaja tidak cukup jika tidak berkembang.  Jadi lakukan lagi dan lagi dan lagi tanpa jemu dan tanpa mengira halangan yang datang.  Kerana halangan paling besar dalam bisnes bukan faktor luaran dan persekitaran.  Halangan paling besar yang kita perlu lawan ialah DIRI SENDIRI.

Lakukan berulang kali hingga menjadi disiplin boleh atasi halangan diri yang lemah dan mudah mengalah dengan bisikan bisikan syaitan dan umpatan mulut manusia.  Anda yang pilih jadi anda mesti BUAT.


Bisnes itu mudah bila kita fikirkan mudah.  Bisnes itu menguntungkan bila kita bersedia untuk letakkan usaha 
bertubi tubi berkali kali.


Kami hargai pendapat dan pengalaman anda.
iwcafamily@gmail.com




Mahu Pilih Bisnes Tetapi Tidak Tahu Bisnes Apa?
Mahu Mulakan Bisnes Tetapi Tiada Pengetahuan?
Mahu Berjaya Dalam Bisnes Ini Tetapi Tiada Kelayakan Akademik Dalam Bisnes?

Jessnor Hafiz Mat Jizat
019.7759956

Azlina Adan
012.7728856

Kami sedia ber'whatsapp" dengan anda.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda