Adakah Anda Berisiko Mempunyai Fatty Liver (Hati Berlemak)?

11:31 PG

Fatty liver adalah satu penyakit hati bercirikan pengumpulan sel lemak di hati. Fatty Liver merupakan satu spektrum penyakit hati
  • pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis)
  • dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan
  • juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan
  • akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.
Sirosis boleh di definasikan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati berpunca dari pelbagai sebab (antaranya fatty liver) dan seterusnya memyebabkan pengurangan fungsi hati dan juga kanser hati atau hepatoma.
Pesakit yang mempunyai fatty liver telah di kenal pasti mempunyai ciri-ciri histopatologi (mikroskopik) hati seperti seorang peminum alkohol walhal mereka tidak pernah minum alkohol, atau pun pengambilan alkohol tersebut tidak signifikan.
Pesakit tipikal fatty liver adalah seseorang yang mempunyai masalah obesiti, diabetes mellitus, darah tinggi, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) atau keseluruhannya mempunyai tanda-tanda pengidap `sindrom metabolik`. Walau bagaimana pun, fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.
Kajian-kajian terdahulu mendapati bahawa fatty liver di kesan dalam 20 % populasi penduduk di Amerika Utara dan Eropah. Manakala di rantau Asia Pasifik, kadar fatty liver di Jepun adalah sebanyak 30 % dalam tahun 2004. Lingkungan umur pesakit fatty liver adalah 40-49 tahun dan ianya kerap berlaku di kalangan kaum lelaki.

Gejala/Tanda
Kebanyakan pesakit yang mengidap fatty liver tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun berikut adalah tanda-tanda yang boleh didapati :
  • Letih
  • Kurang selesa pada bahagian abdomen – di rusuk kanan
  • Pembesaran hati (hepatomegaly)
  • Ujian darah fungsi hati (Liver Function Test) yang tidak normal (alanine amino transaminase atau ALT dan aspartate transaminase atau AST) Kebanyakan pesakit dikesan melalui cara ini.
Pada kebiasaannya pesakit yang mempunyai risiko untuk mengidap fatty liver (seperti obesiti, diabetes pada contohnya) akan di kesan mempunyai keganjilan pada ujian darah fungsi hati atau kadar ALT atau AST yang tinggi. Seterusnya ujian skan abdomen akan mengesahkan kewujudan fatty liver. Namun pada sesetengah pesakit, biopsi hati mungkin di jalankan untuk memastikan kewujudan fatty liver dan tahap penyakit tersebut.
Hati yang normal
Hati berlemak
Sirosis hati


Komplikasi
Pesakit yang mengidap fatty liver pada jangka panjang boleh mendapat sirosis seperti pesakit sakit hati kronik yang lain. Pesakit yang mengidap sirosis boleh mendapat gejala ascites (pengumpulan cecair di bahagian abdomen), muntah darah disebabkan oleh pendarahan salur varices di salur pemakanan dan juga hepatik enkephalopathi (koma disebabkan oleh kegagalan fungsi hati). Pesakit yang sudah mengidap sirosis juga berisiko tinggi untuk mendapat kanser hati atau hepatoma.
Pesakit yang mengidap penyakit-penyakit yang mempunyai risiko untuk fatty liver seperti diabetes, darah tinggi dan dyslipidemia hendaklah menjalani rawatan susulan yang berterusan dengan doktor masing-masing kerana fatty liver adalah penyakit yang tidak mempunyai tanda-tanda yang ketara pada peringkat awal. Pencegahan awal akan dapat mengelakkan pesakit mendapat sirosis dan seterusnya mengalami komplikasi yang disenaraikan di atas.
sumber : Portal Rasmi myHealth
Pencegahan dan Langkah Kekalkan Kesihatan Hati 
Tabiat pemakanan yang seimbang adalah penting bagi mengelakkan masalah obesiti. Seterusnya kesemua pesakit yang di syaki mempunyai fatty liver hendaklah di rujuk awal kepada pakar hepatologi bagi melancarkan lagi program rawatan fatty liver. Pakar endokrin akan membantu pesakit diabetes dalam penjagaan tahap diabetes. Pencegahan yang paling penting adalah mengelakkan wujudnya sindrom metabolik, pengamalan cara hidup sihat dan menjauhkan amalan makan secara berlebihan hingga menyebabkan obesiti.  
Jadi penyakit hati berlemak ini boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.  Sekiranya anda obese, luangkan masa untuk bersenam selama 30 minit. Berusaha untuk turunkan berat badan secara sihat tetapi jangan terlalu drastik.
Elakkan juga makanan tinggi lemak dan berkolestrol tinggi. Jika anda berisiko atau menghidap kencing manis, sila kawal pengambilan gula.
Selain itu, anda boleh mengambil supplemen di bawah ini sebagai pemangkin untuk sihat dan mengatasi masalah fatty liver ini. 


DTX Complex ialah suplemen yang berkuasa untuk kembalikan fungsi hati yang sihat.  Ia bertindak mengekalkan pengaliran jus hempedu yang normal dan ini penting untuk sintesis lemak . Ia juga mampu membina semula (regenerasi) sel hati yang rosak dan keluarkan kompaun yang dinyahkan dari hati.  

Vivix mempunyai kekuatan 10x ganda lebih hebat daripada resveratrol untuk melindungi dan membaiki sel manusia di peringkat lebih dalam iaitu peringkat selular.  Ia melambatkan proses penuaan sel dan badan manusia secara keseluruhan di samping membantu melegakan tahap kolesterol, diabetes, tekanan darah tinggi, meningkatkan sistem imun, anti radang, anti kanser.
Bila anda kembalikan dan pulihkan fungsi hati dan fungsi sel badan secara keseluruhan, anda boleh mengatasi masalah hati berlemak.  Jangan lupa untuk jaga diet dan makan makanan secara sihat ya.   No fast food!  

Tak usah tunggu lagi untuk mulakan penjagaan hati yang sihat setiap hari.  Order sahaja sekarang.
Anda juga boleh pilih untuk lebihkan penjimatan 15 hingga 20 peratus wang anda 
dengan langkah mudah mendaftar keahlian Shaklee untuk kegunaan sendiri.


Klik Daftar Sekarang dan selepas itu klik butang   Join Now 
Isikan maklumat daftar keahlian anda di sana.


Kami sedia membantu anda:

Mendapatkan suplemen terbaik dengan harga terbaik

Menjana pendapatan tambahan dan pendapatan lumayan dari rumah




Master Azlina

Whatsapp : 012.7728856


Master Jessnor Hafiz



Whatsapp : 019.7759956

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda