Minum Air Waktu Perut Kosong - apa manfaatnya?

6:16 PG

Ramai telah maklum bahawa air sangat penting untuk kesihatan.  Air juga sangat penting untuk kecantikan luaran.  Air memang penting untuk elakkan sembelit.  75% badan manusia terdiri daripada air.  Jadi mengapa kita perlu minum air pada waktu perut kosong?  Tak boleh ke minum air lepas makan sahaja (waktu perut penuh)?  Jom baca.

1. Melancarkan Sistem Usus
Apabila anda minum lebih banyak air, anda akan ada rasa "gesa" pada sistem usus untuk 'membuang'. Jadi minumlah air waktu perut kosong untuk membantu melancarkan sistem usus anda setiap hari dan rutin setiap pagi untuk ke tandas menjadi mudah dan mudah 'menjadi'.

Tahu tak bagaimana nak elakkan sembelit sebelum ia jadi serius?  Dapatkan rasa "gesa" nak ke tandas & jangan abaikan atau lengahkan apabila rasa "gesa" itu tiba.

2. Mengeluarkan toksin daripada badan
Setiap kali apabila anda ke tandas, anda sebenarnya mengeluarkan toksin daripada dalam badan.  Jadi apabila anda minum air, anda sedang detoks badan anda.  Lagi banyak anda minum, lagi bersih sistem dalam badan anda.  Toksin yang berkurangan dalam badan akan mengurangkan sendawa dan kembung perut.

Tak percaya?  Cuba anda minum waktu perut kosong (sebelum makan), anda juga akan mudah kentut.

3. Meningkatkan selera
Makan apabila tiba waktu.  Pernah dengar kata kata ini?  Tapi bagaimana jika waktu dah sampai tetapi anda belum rasa lapar?  Minumlah air! Ini dapat membantu anda mendapat rasa lapar untuk makanan.  Tak percaya?  Cuba anda minum segelas besar air kosong selepas bangun tidur dan kemudian beri sedikit masa sekurang kurangnya 30 minit sebelum anda menjamah makanan.  Lihat bagaimana anda akan mudah untuk menghabiskan hidangan sarapan pagi anda selepas itu.  Perut anda telah bersedia untuk terima makanan.

Orang Jepun dikatakan akan minum 4 gelas air kosong setiap pagi sebelum sarapan.  Mereka akan tunggu sekurang kurangnya 30 minit sebelum makan.  Terapi dengan air ini membantu mereka kekal aktif dan sihat.  Air suam adalah yang terbaik!

4. Mengelakkan Pening Kepala
Rupa-rupanya salah satu sebab mengapa kita mudah pening kepala, ialah kerana kurang minum air! Dehidrasi ialah antara penyebab utama gejala pening kepala.  Elak hidrasi dan anda elak pening kepala.  Cara paling mudah untuk elakkan dehidrasi ialah dengan mulakan amalan minum air setiap awal pagi. Kemudian teruskan dengan minum air sepanjang hari.

Bukan itu sahaja, malah amalan minum air yang cukup sepanjang hari boleh mengelakkan nafas berbau dan jangkitan bakteria oral.

Tetapi jangan pula minum kopi anda anggap sebagai minum air.  Air maknanya air mineral atau air kosong!

5. Membersihkan Usus
Minum segelas besar air waktu perut kosong dapat bersihkan usus anda daripada tinggalan sisa sisa yang tidak terhadam.  Apabila usus anda bersih, badan akan mudah menyerap zat dan nutrien dengan lebih cepat.  Jika usus anda bersih, anda sebenarnya lebih sihat.

Ya, itulah fungsi usus anda.  Penghadaman makan + mengasingkan bahan sisa untuk dikumuhkan keluar dari badan + mengasingkan zat untuk diserap semula dan di bawa ke suluruh badan.

6. Meningkatkan Metabolisma
Jika anda sedang berdiet dan mahu diet anda lebih efektif, minumlah air waktu perut kosong. Dengan minum air, anda boleh naikkan kadar metabolisma sekurang kurangnya 24 peratus.

Apa maknanya?  Anda mampu untuk menghadamkan makanan lebih cepat dan lebih efisyen.  Jangka panjang, lebih banyak anda boleh turunkan berat badan.

7. Menambah Tenaga
Rasa letih, kurang bermaya, malas?  Minumlah air gelas besar waktu perut kosong untuk merangsang pembentukan sel darah merah.  Lagi banyak sel darah merah, lebih banyak oksigen ada dalam saluran darah dan anda akan rasa lebih bertenaga.

8. Menggalakkan Penurunan Berat Badan 
Air tidak ada kalori jadi anda boleh minum sebanyak mana yang anda mahu.  Ingat tak tadi kita kongsikan bila minum air waktu perut kosong akan membantu mengeluarkan toksin dari badan dan mengurangkan rasa kembung (sendawa).  Kita juga kongsikan tadi minum air meningkatkan kadar metabolisma.  Jadi badan anda mampu untuk membakar Lebih kalori!


9. Menaikkan Seri Wajah Clears Up Complexion
Minum air dan anda akan jamin wajah menjadi lebih berseri dan kulit tidak kusam.  Bila badan anda dipenuhi toksin, anda berkemungkinan akan mempunyai wajah berjerawat dan kulit kusam.
Tetapi apabila pergerakan sistem usus lancar, anda sentiasa dapat detoks badan anda, buang toksin maka tiada jerawat dan kulit cerah kerana usus anda sihat.
Nak wajah berseri dengan cepat? Jadi cepat cepat minum air.

10. Meningkatkan Sistem Imun
Air sangat penting untuk menjamin kesihatan badan keseluruhan.  Air dapat seimbangkan kadar cecair dalam badan.  Minum air waktu perut kosong setiap hari akan menyokong sistem imun dalam badan anda.
Bila sistem imun kuat dan berfungsi dengan baik, anda akan kurang jatuh sakit kerana badan anda sudah mampu melawan jangkitan.

Jumlah air yang anda minum dapat mengatasi banyak masalah.  Semuanya sebab kebanyakan penyakit berpunca daripada perut.  Bila minum air waktu perut kosong, anda membantu perut anda untuk sihat.


Nak Minum Air Sepanjang Hari Pilihlah Air Yang Lebih Sihat.

Air bertapis lebih sihat berbanding air paip yang dimasak mentah.  Nak yang mudah, tak perlu pemasangan dan tak perlu penyelenggaraan?  Apa kata pilih penapis air dalam bentuk jag air.

Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!  Ini telah disahkan oleh WQA (water quality association)
Penapis Air Get Clean Shaklee
Apa lagi keistimewaan jag air Get Clean® Water?
Get Clean® Water ialah jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula.  Satu penapis berkuasa untuk menapis sebanyak 303 liter (80 gelen) air.  Untuk satu set permulaan Get Clean® Water, anda akan dapat EMPAT penapis maknanya anda sudah boleh menapis 1212 liter (320 gelen) air. 
Pilihan Bijak!
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin dalam air.
  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa.  'portable' boleh dibawa bersama jika menginap di hotel atau semasa balik kampung.
  • Menjimatkan kos.
Tak usah tunggu lagi untuk dapatkan bekalan air sihat setiap hari.  Order sahaja sekarang.
Anda juga boleh pilih untuk lebihkan penjimatan 15 hingga 20 peratus wang anda 
dengan langkah mudah mendaftar keahlian Shaklee untuk kegunaan sendiri.


Klik Daftar Sekarang dan selepas itu klik butang   Join Now 
Isikan maklumat daftar keahlian anda di sana.


Kami sedia membantu anda:

Mendapatkan suplemen terbaik dengan harga terbaik

Menjana pendapatan tambahan dan pendapatan lumayan dari rumah




Master Azlina

Whatsapp : 012.7728856


Master Jessnor Hafiz

Whatsapp : 019.7759956










You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda