Selamat Kembali Ke Sekolah 2016
2:03 PTG
Hari ini 3 Januari 2016 bersamaan hari pertama persekolahan sesi 2016 bagi negeri Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah. Pagi Ahad yang jalan raya pagi pagi lagi dah sesak dengan kenderaan, mungkin disebabkan ibubapa nak sampai awal ke sekolah. Hmm, jika majoriti berfikiran yang sama, sebab itu agaknya jalan sesak pagi ni.
Tahun ini tiada anak yang memulakan sesi persekolahan di sekolah baru jadi suasana agak santai bagi kami, baik dari segi persiapan mahupun persediaan logistik. Tapi kurang "thrill" pulak rasanya bila baca status kawan kawan yang agak "excited" hantar anak ke sekolah baru dan anak anak yang sama "excited" nak mulakan sekolah. Nampak trend pada tahun ini ibubapa dah mula sediakan bekal (bento) untuk anak anak. Syabas atas dedikasi para ibu.
Kalau di Johor ni, ibubapa lah yang paling sibuk pada minggu pertama persekolahan sebab nak aturkan logistik dan uniform untuk sekolah pagi dan sekolah petang. Pengusaha van sekolah pula tak menang tangan melayan permintaan pelanggan.
Kenapa sampai 2 sekolah? Itu sebab anak anak akan dihantar ke Sekolah Agama Johor daripada Darjah 1 hingga Darjah 6. Waktu sekolah di Sekolah Agama ni tak lama, cuma 1 jam setengah bagi Darjah 1 hingga 3 dan 3 jam bagi Darjah 4 hingga Darjah 6.
Ada sesi sebelah pagi dan ada sesi sebelah petang bagi memudahkan pelajar dan ibubapa. Contohnya, jika Sekolah Kebangsaan di sebelah pagi, maka automatiknya Sekolah Agama akan di sebelah petang dan boleh pilih slot pukul 2 atau slot pukul 3.30. Bagi darjah 4 hingga 6 lazimnya slot diberi pukul 3.30 hingga 6.30. Bila mula pukul 3.30 petang, akan ada masa menunggu yang agak lama untuk pelajar daripada tengahari, beruntung jika rumah dekat dengan sekolah boleh balik rehat. Bagi ibubapa bekerja, pilihan rumah transit berdekatan sekolah biasanya menjadi pilihan selain pelajar menunggu di Sekolah Kebangsaan hingga waktu Sekolah Agama tiba. Jadi, makan dan salin uniform dilakukan di Sekolah Kebangsaan.
Kenderaan pilihan yang lazim adalah van sekolah. Selepas makan tengahari dan salin uniform, pelajar akan tunggu van. Bagi kami, alhamdulillah kerana ada bisnes sendiri bisnes Shaklee, anak memang kami hantar dan ambil setiap hari. Sempat balik rumah untuk makan tengahari kecuali waktu Darjah 6 sebab ada kelas tambahan UPSR empat hari seminggu, bekal dihantar ke sekolah pada waktu makan. Syukur sangat boleh atur masa untuk diri, bisnes dan keluarga.
![]() |
Uniform Sekolah Agama Johor |
Sekarang dah masuk ke alam sekolah menengah, dah takde lagi terkejar masa di jalan raya dan anak juga lebih santai. Tapi masih tak dapat balik awal kerana Sekolah Kawalan balik pukul 3.15 tahun lepas. Tahun ni tak tahu lagi selesai sekolah pukul berapa. Kena tunggu petang nanti baru tahu jadual.
Okay nak kongsi cerita "excited" ke sekolah hari pertama. Tahun ini kami tumpang "excited" anak buah yang anak sulongnya baru mula sesi persekolahan. Kiranya cucu saudara kami lah ( huhuhu rasa macam dah tua pulak dah ada cucu). Nak lagi "excited" atuk & nenek berkeras nak cucunya dihantar ke sekolah aliran Cina. Jadi 2 sekolah , Sekolah Agama di sebelah pagi dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di sebelah petang. Nampaknya sekarang ni dah semakin ramai ibubapa menghantar anak ke sekolah aliran Cina. Kenapa ya selain nak anak jadi pandai.
![]() |
Sedia nak ke Sekolah Agama pagi tadi |
![]() |
Hai, saya di SJKC |
![]() |
Ramai juga anak melayu pilih SJKC |
Menyentuh tentang sarapan, apa menu yang anda biasa sediakan untuk anak anda ke sekolah? Bagi kami sarapan sangat mudah dan boleh siap dalam 5 minit sahaja. Segelas kecil ESP (minuman kaya protein untuk rasa kenyang lebih lama dan fokus dalam kelas) dan sepotong roti atau 1/4 pinggan nasi goreng/mee atau setengah mangkuk cereal. Tak perlu letak portion biasa sebab lepas minum ESP dah rasa agak kenyang. Kadang kadang anak cuma minta ESP gelas besar dan tidak mahu makanan pejal (solid food), nak makan waktu rehat dia kata. Tak kenyang sangat katanya. Tak payah lagi nak buat milo panas segelas atau susu, sebab ESP dah cukup (kalau ada milo cukup sekadar setengah cawan kecil). Boleh kongsi dengan umi kan kalau milonya satu gelas. Berkhasiat, pantas, mudah.
Okay, cukup sampai sini dulu. Jam dah pukul 2. Masa untuk ambil anak balik dari sekolah. Nanti kita kongsi kongsi lagi ya tentang alam persekolahan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Hubungi kami untuk lebih info bagaimana,
Mendapatkan suplemen terbaik dengan harga terbaik
Menjana pendapatan tambahan dan pendapatan lumayan dari rumah
Master Azlina
Whatsapp : 012.7728856
Follow IG : Suplemen_Lebih_Dari_Organik
Email : azlina.adnanmy@gmail.com
Master Jessnor Hafiz
Whatsapp : 019.7759956
Facebook : www.facebook.com/jess.hafiz
Like FB Page : Jessnor Hafiz Mat Jizat
Follow IG : Pengedar_Shaklee_Malaysia

0 comments