TIPS MELATIH ANAK MENYUSU BOTOL UNTUK IBU YANG MULA BEKERJA.

4:36 PTG



1. Elakkan ibu sendiri yang melatih bayi menyusu dari botol

2. Latihan hanya dilakukan setelah bayi mahir menyusu badan (dimulakan seminggu atau dua minggu sebelum mummy mula bekerja)

3. Pilih puting yang sesuai dan pilih lubang yang kecil.

4. lbu jauh dari bayi

5. Latih ketika tiba waktu menyusu bayi,

NOTA: Cara menyusu melalui botol, tiru cara bayi breastfeed pada breast ibu, Iaitu;

a. Mulakan dengan bismillah (beberapa hari sebelum Iatihan dimulakan, selalu nyatakan pada bayi, bila mama tiada baby harus minum susu mama dari botol ni ya,)

b. Biar bayi yang menyedut susu ibu dari puting botol susu.(Elakkan susu sengaja dilelehkan mengalir ke dalam mulut bayi)

c. Lakukan hisapan telan, hisapan telan dan rendahkan botol untuk beberapa saat (beri bayi rehat dari menghisap, ikut rentak seolah-olah bayi menyusu dari breast)

*Untuk permulaan, jika bayi menolak untuk menyusu dari botol, elakkan memaksa. Berhenti seketika, Dan cuba Iagi ketika bayi tenang. Jangan putus asa. Insyaallah, Pasti berjaya

Penjelasan Iebih Ianjut untuk setiap tips di atas:

TIPS MELATIH ANAK MENYUSU BOTOL:

1. Elakkan ibu sendiri yang melatih bayi menyusu dari botol.
Rata-rata bayi yang breastfeed memang sangat kenal bau badan ibunya walaupun ibunya berada jauh darinya. Aura dan bau ibu tak dapat dipisahkan dari bayi yang menyusu badan.

Oleh itu, bagi memastikan urusan pengenalan botol susu kepada bayi berjalan dengan lanear. ada baiknya minta bantuan orang Iain untuk melakukan Iatihan. Jika boleh suami atau pembantu rumah (jika ada).

SEbaiknya.jika bayi ingin dihantar kepada pengasuh, Iatihan dimulakan di rumah pengasuh seminggu atau seawal dua minggu sebelum ibu mula bekerja. Sekurang-kurangnya. bayi dan pengasuh dapat menyesuaikan diri serta mempunyai tempoh masa berkenalan.

2. Latihan dilakukan setelah bayi mahir menyusu badan dan seminggu atau dua minggu sebelum mula bekerja

Sebaiknya Iatihan menyusukan bayi melalui botol dilakukan setelah mummy dan baby masing-masing telah mahir breastfeed. Iaitu, cara penyusuan telah berjalan dengan Iancar dan baby tahu bahawa  tiada cara Iain untuk minum susu selain bersama dengan mamanya iaitu direct melalui breast sahaja.
Latihan dan kebiasaan tersebut perlu dibiasakan dan ditanam Iebih awal dalam minda bayi. lni bagi mengelakkan bayi yang telah dilatih menyusu melalui botol, akan mengalami keliru puting dan memilih untuk menyusu melalui botol pula.



3. Pilih puting yang sesuai dan pilih lubang yang kecil.

Elakkan memilih lubang puting yang besar dan susu mengalir laju. Kerana penyusuan badan, berbeza dengan penyusuan botol. Di mana, sekiranya terdapat rangsangan pada aerola, baru susu akan mula diproses dan mengalir keluar.
Dapatkan puting susu, yang lubangnya Iebih kecil dan susu hanya keluar sekiranya puting tersebut disedut oleh bayi.

NOTA: Untuk mummy yang mempunyai masalah inverted nipple, elakkan membeli puting susu yang nipplenya panjang. Jika boleh dapatkan puting susu yang Iebih pendek dan Iebih kurang nipple mummy yang inverted. lni bagi mengelakkan bayi keliru puting dan menyukarkan penyusuan badan mummy dan baby untuk sesi seterusnya.
Bagi mummy yang mempunyai puting biasa. tiada masalah.

4. Ibu jauh dari bayi.

Percaya tak mummy. bahawa walaupun mummy bersembunyi dari bayi di bilik sebelah ataupun tingkat bawah, bayi masih boleh menghidu dan merasakan kewujudan mummynya. Betapa hebatnya bayi yang breastfeed ni kan. Subhanallah.
Oleh itu, jangan terkejut sekiranya ketika mencuba melatih penyusuan botol agak sukar untuk permulaannya, walaupun dilakukan dengan bantuan suami atau ibu anda, Jangan putus asa, tetapi jangan pula memaksa. Gunakan kaedah memujuk, dan cuba Iagi ketika bayi telah bertenang. Berikan baby masa dan ruang untuk menyesuaikan diri,
Usah risau, skill ini biasanya agak sukar untuk mummy yang first time breastfeed, Untuk anak seterusnya, insyaallah akan lebih mudah.

5. Latih ketika tiba waktu menyusu bayi
Biasakan melihat anggaran waktu bayi menyusu dan cuba catatkannya untuk rujukan pengasuh nanti. Setiap bayi Iain-Iain waktu menyusunya, Ada juga sesetengah bayi yang kurang menyusu pada siang hari, tetapi pulun menyusu dengan mummynya pada waktu malam. So, setiap bayi adalah berbeza, Tidak perlu kita bandingkan bayi kita dengan bayi yang Iain, 0k!

Baiklah, sekian dulu perkongsian pada kali ini, Best of luck!
Semoga urusan penyusuan mummy semua dipermudahkan
Inshaa Allah

~Menyusu itu lndah~

Sumber FB : Ummi Dhiya

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda