RAHSIA KECANTIKAN MUKA DI WAKTU MALAM YANG ANDA PERLU KETAHUI

8:03 PG


Waktu malam adalah masa yang paling penting untuk merawat kecantikan wajah. Walaupun di di waktu malam kulit anda tidak terancam dari kesan kerosakkan sinar ultra violet, tetapi apabila anda tidur, kulit akan tumbuh semula. Sel-sel kulit yang mati dan rosak akan digantikan dengan yang baru. Agar prosesnya boleh berjalan sempurna, anda perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara berikut. Kerana itu semak 6 tips yang yang di berikan berikut.

1.Bersihkan Make-up dengan sempurna


Agar liang-liang pori anda terbuka dan kulit boleh berehat dari bahan kimia dalam kosmetik, sebelum tidur selalu sempatkan untuk membersihkan seluruh makeup di wajah. Gunakan kapas dan cleanser agar semua sisa makeup dibersihkan sempurna. Selepas itu bilas wajah atau gunakan toner. Kalaupun seharian anda tidak memakai makeup, pastikan untuk tetap membersihkan wajah, kerana aktiviti yang anda lakukan sejak pagi menyebabkan kuman dan kotoran melekat di permukaan kulit. Jika tidak dibersihkan, boleh timbul jerawat.

2.Pakai pelembap

Masa tidur pun kulit tetap perlu pelembap. Ketika anda tidur, liang-liang kulit terbuka sehingga lebih mudah menyerap nutrisi daripada saat pagi dan siang hari. Anda boleh menggunakan krim malam yang sesuai untuk jenis kulit anda. Pilih yang formulanya ringan dan tidak menyebabkan comedones (non-comedogenic). Lakukan urutan lembut saat aplikasi agar peredaran darah lancar.

3.Sediakan masa untuk peresapan

Salah besar jika anda langsung tidur setelah menyapu krim malam. Begitu anda merebahkan kepala di atas bantal, krim akan terus melekat di sarung bantal. Luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit agar nutrisi dalam krim sempat diserap kulit wajah.

4.Minum air putih

Tidak hanya dari luar, kelembapan kulit juga perlu dijaga dari dalam. Untuk itu minumlah segelas air putih sebelum tidur. Air putih boleh membantu meneutralkan garam dan bahan-bahan tak sihat dalam makanan yang anda makan sehingga kulit terjaga dari kekusaman. Tak ada salahnya kalau anda juga menambahkan pengambilan vitamin E pastikan ianya semulajadi dan ada grapeseed extract utk kesan yang optima

5.Ganti sarung bantal

Anda perlu rajin menukar sarung bantal, sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kenapa? Kerana bantal yang anda tiduri setiap hari adalah tempat yang sesuai untuk berkembangbiaknya kuman. Sisa makeup di wajah serta minyak dan kotoran di rambut selama berhari-hari melekat di sana. Jika wajah anda yang sudah bersih melekat di sana, kuman dan bakteria tersebut akan berpindah ke kulit wajah.

6.Tidur berkualiti


Tidur cukup dan nyenyak adalah rahsia utama agar kulit tetap dalam keadaan optima . Pastikan jam tidur anda cukup . Biasakan tidur tanpa membiarkan lampu menyala , kerana itu boleh merangsang kerja hormon yang menjana semula sel tubuh anda. Pastikan anda mengambil vitamin kalsium magnesium yang ada vitamin D3 dan yang mempunyai boron dan zinc. Ambil juga minuman protein non GMO soy. Ini memastikan anda mendapatkan tidur yang sangat kualiti dan tidur nyenayak disamping membantu kulit untuk regenerasi


Semoga semua mendapat manfaatnya ya!



Hubungi kami untuk lebih info bagaimana,

Mendapatkan suplemen terbaik dengan harga terbaik

Menjana pendapatan tambahan dan pendapatan lumayan dari rumah



Master Azlina

Whatsapp : 012.7728856

Like FB page : Azlina Adnan Usahawan Shaklee

Follow IG : Pengedar_Shaklee_Mom

Email : azlina.adnanmy@gmail.com


Master Jessnor Hafiz

Whatsapp : 019.7759956

Facebook : www.facebook.com/jess.hafiz

Like FB Page : Jessnor Hafiz Mat Jizat


Follow IG : Pengedar_Shaklee_Malaysia



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda