Penting Untuk Tahu Waktu Subur Wanita (bacaan untuk wanita dan lelaki)

11:21 PG

Sudah agak lama admin tak kemaskini entri.  Bukan menghilang tapi leka merancang aktiviti berkumpulan dan susun target untuk cycle terakhir tahun 2015.  Entri kali ini nak kongsikan tentang info umum berkaitan Waktu Subur Wanita - Bagaimana nak kira bila berlaku tempoh ini.

PENTING MENGETAHUI WAKTU SUBUR
1. Merancang untuk hamil
2. Menjarakkan kandungan

Nak tahu tempoh atau waktu subur wanita kita perlu lihat dan jelas dulu tentang Kitaran Haid. Secara puratanya wanita mempunyai kitaran haid 28 - 30 hari.  Tetapi ada juga wanita yang istimewa kerana kitaran haid lebih cepat iaitu 25 hari atau lebih lewat sehingga 35 hari.  Semua ini berkaitan dengan hormon.  Dalam kitaran haid wanita ada beberapa fasa.

HARI 1-4
Ini ialah Fasa Pengeluaran Haid (menstruation).  Darah haid akan keluar pada waktu ini.  Tanda pada kalendar hari pertama haid keluar.
Jika anda merancang untuk mengandung, anda boleh tanda hari pertama datang haid setiap bulan di kalendar.  Begitu juga jika anda merancang untuk menjarakkan kandungan, sila lah tanda pada kalendar ya.

HARI 5-13
Fasa ini ialah Fasa Follicular.  Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat.  Waktu ini darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal, untuk persediaan mengandung.  Di bahagian ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

HARI 14
Ini adalah waktu di mana proses ovulasi berlaku (ada yang menyebutnya sebagai proses peneluran). Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan peningkatan mendadak hormon yang dipanggi; LH (Luteinizing Hormone).  Telur yang tersedia ini jika ianya tidak disenyawakan oleh sperma, ia akan mati.  Jika ia berjaya disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopian ke rahim.

HARI 15-28
Ini dipanggil pula Fasa Luteal atau Fasa Secretory.  Selepas telur dikeluarkan daripada sarungnya ada sejenis hormon dipanggil progesterone yang dirembes keluar.   Iniah yang menyebabkan dinding rahim semakin menebal.  Jika tiada persenyawaan berlaku, progesterone menjadi semakin berkurang dan dinding tebal tadi akan runtuh.  Proses akan mengalami semula kitaran hari pertama.


BILAKAH WAKTU SUBUR?

Dah tahu Kitaran Haid maka mudah untuk tahu bahawa waktu terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari proses ovulasi berlaku.  Waktu ini telur baru keluar daripada sarangnya.

Jadi bilakah secara tepat ia berlaku?  Ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama datang haid bulan berikutnya atau ketika bermula Fasa Luteal.
Ini kerana kiraan Fasa Luteal tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan Fasa Folicullar boleh berubah ubah.  Sekiranya waktu datang haid anda tetap 28 hari setiap bulan, tidak menjadi  masalah untuk mengira waktu subur.  Sekiranya waktu datang haid anda beruvah ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Cara Lain Mengetahui Waktu Subur

Suhu badan wanita akan naik sedikit pada waktu subur.  Selain itu akan terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan.  Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika ini.

Menggangar Waktu Terbaik Untuk Mendapatkan Zuriat

Memandangkan jangka hayat telur tidak panjang, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah terhad.  Oleh itu, sperma dicipta dengan kelebihan.  Sekali lepas, berjuta juta sperma akan keluar dan ia mampu bertahan selama 3 hingga 5 hari di dalam tubuh wanita.  Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur berjumpa dan disenyawakan dengan sperma yang hidup lebih lama.  Oleh itu untuk mendapatkan zuriat, pasangan suami isteri boleh bersama setiap hari pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 waktu haiduntuk mendapatkan peluang tertinggi waktu kesuburan.  Ini adalah berdasarkan anggaran waktu datang haid 28 hari dan waktu subur jatuh pada hari ke 14.

Untuk meninggikan lagi peluang mendapatkan zuriat pasangan suami isteri perlu pastikan tubuh badan yang sihat dan si isteri bersedia untuk menerima proses persenyawaan dengan mangambil suplemen asid folik serta elakkan stres.  Dan sudah tentu manusia hanya merancang dan berusaha dengan sedikit ilmu tetapi Yang Maha Esa jualah yang berkuasa menentukan.



Harap anda mendapat manfaat selepas membaca.



Hubungi kami untuk lebih info bagaimana,

Mendapatkan suplemen terbaik dengan harga terbaik

Menjana pendapatan tambahan dan pendapatan lumayan dari rumah



Master Azlina

Whatsapp : 012.7728856

Like FB page : Azlina Adnan Usahawan Shaklee

Follow IG : Pengedar_Shaklee_Mom

Email : azlina.adnanmy@gmail.com


Master Jessnor Hafiz

Whatsapp : 019.7759956

Facebook : www.facebook.com/jess.hafiz

Like FB Page : Jessnor Hafiz Mat Jizat

Follow IG : Pengedar_Shaklee_Malaysia





You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda