Dalam Tidur Juga Anda Boleh Langsing

11:05 PG



Bagaimana tidur boleh mempengaruhi berat badan dan mendapat bentuk tubuh langsing?  Mungkin anda fikir ini cuma satu tajuk tarikan untuk membuatkan pembaca mengunjungi blog ini.  Berhenti. Usah berfikir begitu tetapi teruskan pembacaan.

Tolong pastikan yang tidur anda cukup jumlah jam nya dan tidur anda perlu berkualiti.  Maksudnya di sini mendapat tidur yang nyenyak atau "quality deep sleep" tanpa gangguan.  Bangun tengah malam untuk minum air bukan satu ciri tidur yang nyenyak.  Terjaga kerana bunyi seram dari tingkat bawah rumah anda bukan ciri tidur yang nyenyak.  Anak kecil masuk bilik anda sebab nak ke bilik air juga bukan ciri tidur yang nyenyak (ini mungkin tidak berpanjangan jadi usah rasa terpinggr yang anda tidak boleh tidur seperti orang lain yang tiada anak kecil).

Tidur nyenyak (quality deep sleep) adalah tidur berterusan yang tiada gangguan termasuk mimpi dan membolehkan anda bangun dengan rasa segar dan bersedia untuk menghadapi satu hari yang baru dengan bersemangat.

1.  Menjadikan mood anda lebih baik
     Anda boleh menyiapkan tugasan dengan lebih cepat dan tidak beri peluang kepada diri untuk melayan emosi tak tentu hala dan mengalah kepada mood swing.  Emosi yang tidak stabil dan hormon tak terkawal dalam badan boleh mempengaruhi berat badan.  Jangan pula anda ambil langkah mudah dengan Makan berlebihan kerana kononnya nak pujuk hati nak stabilkan emosi!

2.  Membolehkan anda mampu untuk kawal tahap pemakanan
     Bila anda bangun tidur anda pasti rasa lapar.  Apa bezanya rasa lapar dengan tidur nyenyak ialah anda akan dapat mengawal apa dan banyak mana anda akan makan sewaktu sarapan kerana anda bangun dengan rasa yang lebih tenang.
     Jika bangun dengan rasa lapar dan kurang tidur, anda berkemungkinan untuk memilih sarapan yang lebih banyak kerana ada sesuatu yang tidak puas yang anda rasa akibat dari kurang tidur.

3.  Memilih pilihan makanan yang lebih sihat
     Fikiran yang lebih tenang dan segar membantu anda berfikir dengan lebih jelas maka anda bijak memilih apa yang akan dimakan sepanjang hari yang seimbang dan pasti kurang gula.  Ini kerana anda tidak akan tunduk kepada "cravings" atau rasa keinginan terhadap sesuatu jenis makanan seperti makan bergula atau air berkabonat contohnya.

4.  Mempengaruhi proses penghadaman badan
     Pernah dengar orang yang stres tidak dapat membuang air besar setiap hari dan sukar untuk mendapat gesa ke tandas?  Bila anda tidur dengan nyenyak dan berkualiti, badan dapat rehat yang cukup dan sistem dalam badan seperti sistem penghadaman dapat berfungsi dengan optimum.  Ini juga dapat mengelakkan anda daripada mudah jatuh sakit.
     Badan kekal langsing kerana apa yang anda masukkan ke dalam perut dapat dihadam dengan baik oleh sistem pencernaan badan dan sudah tentu badan ringan tanpa bisa bisa badan kerana toksin tidak berkumpul.
     Sekarang anda faham mengapa formula diet di Malaysia banyak yang beri kelegaan dengan memaksa anda membuang air besar - dan anda pula berpuas hati dengan menganggap anda sudah ke arah kurus dan langsing?

5.  Lebih bersemangat untuk amalkan gaya hidup sihat dan kekal langsing  
     Dengan tidur yang nyenyak dan berkualiti juga anda akan ada lebih banyak tenaga untuk melakukan lebih daripada tugasan seharian.  Anda akan ada tenaga untuk bersenam dan beriadah di luar rumah serta aktf ambil bahagian dalam aktiviti.  Orang yang tidurnya tidak berkualiti akan rasa malas untuk gerakkan badan di luar rumah apatah lagi untuk sertai aktiviti riadah kerana dia kurang bermaya.  Akibatnya memang lemak suka nak dekat dan melekat.


Artikel ini saya terbaca online dan nampak sangat bermanfaat untuk dikongsikan di sini.  Mana taknya, ramai antara kita hanya fokus untuk kawal pemakanan dan bersenam untuk langsing tapi tak pernah melihat untuk kembalikan semula kitaran hidup yang sihat bermula dengan TIDUR.
Membaca artikel ini juga mengingatkan saya kepada beberapa orang kenalan sewaktu bekerja dulu yang berbadan besar dan selalu ada masalah emosi (mood swing).  Mereka gemar menyiapkan tugasan di saat saat akhir dan sanggup berlapar tidak makan hingga lewat petang dan akhirnya makan dengan berlebihan dan pilih makan yang tidak seimbang.  Mood swing mereka pula - sudah tentu mengganggu kami yang lain.  Oh, tidak sanggup nak melalui kenangan itu lagi.


Saya bersyukur ada Shaklee kerana ia mengajar saya untuk mengembalikan kesihatan tubuh badan melalui pemakanan yang seimbang dengan zat yang diperlukan.
* Nak tidur nyenyak
* Nak lancarkan pembuangan air besar
* Nak cukupkan zat seharian
* Nak elakkan stres
* Nak dapatkan hormon yang stabil
Dan banyak lagi remeh temeh permasalahan berkaitan tubuh badan sihat ada penyelesaiannya dengan Shaklee.
Hubungi kami untuk lebih info bagaimana,

Mendapatkan suplemen terbaik dengan harga terbaik

Menjana pendapatan tambahan dan pendapatan lumayan dari rumah



Master Azlina

Whatsapp : 012.7728856

Like FB page : Azlina Adnan Usahawan Shaklee

Follow IG : Pengedar_Shaklee_Mom

Email : azlina.adnanmy@gmail.com


Master Jessnor Hafiz

Whatsapp : 019.7759956

Facebook : www.facebook.com/jess.hafiz

Like FB Page : Jessnor Hafiz Mat Jizat

Follow IG : Pengedar_Shaklee_Malaysia





You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

HUBUNGI KAMI

NO Telefon :0197759956 Jessnor Hafiz
0127728856 Azlina
FACEBOOK : Jessnor Hafiz
email : iwcafamily@gmail.com
iG: cantiquedotcom

Pertanyaan Anda